Breaking

JPM Jangka Dollar Terus Kukuh

Views: 234
0 0

New York, Sept 29 – JP Morgan (JPM) dalam laporan kepada pelanggannya baru-baru ini menyatakan bahawa ia melihat Dollar akan terus kukuh lantaran Federal Reserve Amerika Syarikat yang sanggup menanggung kos yang lebih besar untuk mengekang inflasi. Feds yang lebih agresif telah menyokong Dollar melalui kadar sebenar yang lebih tinggi dan merubah lanskap “carry trade” yang memihak kepada Dollar.

Dollar kini memberikan kadar perbezaan pulangan yang tertinggi di kalangan matawang G10. Namun, dengan bulan September yang kini hampir ke penghujung, adalah normal untuk pembeli Dollar menjual untuk mengambil untung belian. Dalam pada itu JPM juga menyatakan bahawa tindakan campur tangan Kementerian Kewangan Jepun tidak akan merubah hala tuju Yen dan ia tidak melihat Bank Pusat Switzerland sebagai “dovish”.

JPM juga melihat kekangan ekonomi UK dan kadar yang masih rendah akan terus mengekang kenaikan Pound, walaupun Bank of England bakal membeli bon bagi menyokong ekonominya. Tindakan ini juga dilihat sebagai stimulus yang akan melemahkan Pound sekiranya kadar semasa terus kekal. Untuk itu JPM menyarankan pelanggannya terus membeli Dollar dan Swiss sementara menjual Pound, Euro, CAD dan NZD.

Team RTC melihat sekiranya jualan Dollar adalah sekadar mengambil untung, maka paras 38.2% fibonacci pada carta di atas, sekitar 112.00, yang juga merupakan pivot mingguan, akan bertahan dan membuat lantunan semula untuk menguji paras tertinggi bulan September, sekitar 114.80-115.00.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.