Breaking

Presiden Biden Terkedu Lihat Ruble Terus Kukuh

Views: 22
0 0

Washington D.C, USA – June 30. Lewat Februari lepas, apabila Russia menyerang Ukraine, matawangnya Ruble merudum sehingga ke paras ₽150 untuk $1 dalam masa tidak sampai dua minggu. Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden, dalam sidang media beliau mengatakan matawang Russia berada diambang keruntuhan. Namun, dalam masa empat minggu Ruble kembali ke paras sebelum serangan ke atas Ukraine.

Ramai penganalisis ketika itu mengatakan bahawa kekuatan Ruble hanya bersifat sementara; lantaran Dollar Amerika yang menjadi matawang simpanan dunia pasti dibeli pelabur ketika pasaran saham merudum. Sangkaan tersebut nampaknya meleset kerana kini selepas lebih empat bulan perang Russia-Ukraine, Ruble terus kukuh. Presiden Joe Biden kini terkedu dan selalu mengelak bila ditanya tentang Ruble.

Tindakan Russia menetapkan pembeli minyak dan gasnya membayar dalam Ruble menyebabkan negara-negara pembeli seperti Jerman, Hungary, Greek, Bulgaria, Itali, Belanda, India dan China terpaksa membeli Ruble. China mempunyai perjanjian “Yuan/Ruble Swap” yang membolehkan pertukaran terus, namun kebanyakan negara lain terpaksa menjual Dollar dan membeli Ruble; sekaligus menyebabkan kadar tukaran USD/RUB menjadi rendah.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.