Breaking

Laporan Prestasi Saham Pilihan “Dogs of The Dow” – 2022

Views: 13
0 0

ASSALAM mualaikum & SALAM Sejahtera.

Kejatuhan pasaran saham baru-baru ini menyebabkan ramai yang menderita terutamanya pelabur dan pedagang jangka pendek yang menggunakan leveraj. Kepada pelabur jangka panjang yang melabur untuk persaraan sepuluh atau dua puluh tahun lagi, kejatuhan ini merupakan peluang untuk membeli saham-saham berkualiti pada harga yang lebih munasabah.

Pada awal tahun ini, strategi “dogs of the dow” telah dipilih untuk pasaran yang kini memasuki fasa pengagihan yang semestinya lebih sesuai untuk membeli saham-saham “value” yang berkualiti. Mari kita lihat bagaimana prestasi portfolio tersebut dan apakah kini sesuai untuk menambah pelaburan.

Portfolio I – $100K

Pembelian telah dibuat pada 3 Januari dengan strategi 100 saham untuk 5 saham “small dogs” dan selebihnya untuk 5 saham “big dogs” dengan modal permulaan $50,000. Baki tunai tersimpan sebanyak $50,000 bakal digunakan untuk tujuan “average down” sekiranya ada peluang.

Nampaknya portfolio besar ini sedang kerugian lebih 3% sedangkan pasaran secara umum telah jatuh lebih 20%. Namun begitu terdapat tiga saham yang sedang mengikuti pergerakan pasaran – INTC, MMM, dan WBA. Kita akan lihat dalam artikel yang lain sama ada kejatuhan ini memberikan peluang “average down” atau mungkin “cutloss”.

Portfolio II – $10K

Portfolio ini diwujudkan dengan modal yang lebih kecil sekitar $10,000 dengan baki tunai tersimpan sebanyak $4,000 untuk tujuan “average down” bagi pelabur yang kekurangan modal.

Nampaknya portfolio ini kerugiannya lebih 4% lantaran pegangan saham yang lebih banyak dalam INTC dan WBA berbanding pegangan dalam MRK dan CVX yang dapat mengimbangkan kerugian.

Portfolio III – $1K

Portfolio kecil ini diwujudkan untuk pelabur yang baru mahu mencuba melabur sendiri lantaran terdapat platform-platform yang membenarkan belian sekecil satu saham sahaja. Pelaburan tidak semestinya bermodal besar, kerana apa yang lebih penting ialah bermula dengan lebih awal. Masa akan memberikan kelebihan kepada pelabur untuk membina “financial freedom”.

Lantaran pegangan saham yang sama banyak untuk portfolio ini, ianya memberikan gambaran yang lebih jelas tentang prestasi strategi “dogs of the dow” ini. Dengan kata lain, sekiranya agihan dibuat sama rata pada awal tahun lalu, portfolio tersebut hanya kerugian sekitar 2% sahaja.

Dengan izin tuhan, dalam artikel yang lain, kita akan cuba kupas saham INTC, MMM, WBA, MRK dan CVX untuk melihat apakah saham-saham ini sudah berbaloi untuk dibeli atau masih mempunyai ruang untuk terus jatuh dan memberikan peluang belian yang lebih baik.

SALAM Ikhlas.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Abdul H. Jaffar