Breaking

DeMark Lihat Emas Dalam Tekanan Jualan

Views: 19
0 0

New York, USA – Jun 8. DeMark Analytics dalam laporannya kepada pelanggan hari ini memaklumkan bahawa ia melihat emas berada dalam tekanan jualan di bawah paras $1,875/oz iaitu paras tertinggi pada bulan ini. Logam berharga itu kini didagangkan dalam julat yang kecil lantaran pasaran yang sedang menanti laporan inflasi Amerika Syarikat pada Jumaat ini.

Menurut DeMark lagi, sekiranya harga berjaya kembali di atas paras $1,875/oz ianya mempunyai kebarangkalian untuk menguji paras $1977.50/oz. Namun ketika ini, dengan spekulasi kenaikan kadar AS yang lebih banyak, risiko adalah lebih besar untuk emas menguji paras $1,800/oz.

Team RTC melihat emas masih mempunyai risiko untuk menguji paras $1,880/oz untuk beberapa minggu yang akan datang bergantung kepada naratif Federal Reserve Amerika Syarikat tentang kenaikan kadar faedah. Laporan inflasi pada Jumaat ini akan menjadi pemangkin kepada pergerakan Emas dan Dollar seterusnya.

Penutupan harga di bawah paras $1,840/oz pada carta harian membawa kebarangkalian yang lebih besar untuk emas terus jatuh dan menguji paras $1,800/oz.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.