Breaking

BofA Jangka Kekuatan Euro Hanya Sementara

Views: 78
0 0

New York, USA – Jun 7. Bank of America (BofA) dalam laporannya kepada pelanggan hari ini memaklumkan bahawa ia menjangka kekuatan Euro hanya bersifat sementara. Pada Khamis nanti Bank Pusat Eropah (ECB) akan bermesyuarat untuk menentukan polisi kewangannya dan BofA melihat ECB akan membuka ruang untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada Julai dan September dan mengakhiri kadar negatif pada suku ketiga tahun ini.

BofA berkata lagi, bahawa tertekan dengan kenaikan inflasi yang mendadak, ECB terpaksa mengumumkan pengakhiran program “quantitative easing” (QE) pada minggu ini dan menaikkan kadar faedah seawal Julai. Kenyataan ini telah melemahkan Euro yang kini tertekan di bawah paras 1.0780

 

 

 

Melihat kepada carta harian Euro/Dollar di atas, Team RTC melihat kebarangkalian yang tinggi untuk Euro terus membuat pullback sehingga Khamis ini ke serendah 50% – 61.8% retracement daripada paras terendah ke paras tertinggi bulan Mei. Kami menjual pada paras 1.0700-1.0750 dengan stop loss pada 1.0780 dan akan menutup awal sekiranya nilai tukaran EUR/USD menutup di atas 1.0755 sebelum Khamis. Sasaran dilihat sekitar 1.0580 – 1.0520 dan 1.0550 dilihat mempunyai “confluence” untuk sokongan.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.