Analisa Teknikal S&P500 sedang menguji Moving Average 30 bulan
Kebiasaannya, bila Amerika mengalami “recession”, indeks ini akan berada di bawah paras MA 30 bulan ini.
TETAPI
Amerika belum lagi mengalami recession.
Moving Average 30 bulan ini mungkin menjadi “support” yang kuat buat sementara untuk S&P500.
Cabaran Semasa.
“Supply Chain” kesan lockdown di China mungkin isu sementara. Trend terbaru Covid, kes meningkat mendadak dan turun dengan cepat. China tidak terkecuali.
Sekatan ekonomi di China dilaporkan akan dikurangkan secara berperingkat.
Ini akan membantu ekonomi dunia dan pasaran saham.
Cabaran Jangka Panjang.
1. Recession mungkin jadi penyelesaian kepada inflasi yang tinggi. Russia akan dituduh menjadi puncanya.
Germany dan US Secretary Treasury, Janet Yellen sudah beri gambaran untuk bersedia hadapi kemelesetan ekonomi dan dollar yang kuat (negative untuk exporter seperti sektor teknologi).
2. Europe dan US masih dalam proses untuk menyekat export minyak Russia. Ini kemungkinan besar akan terjadi.
3. Krisis bekalan makanan dan komoditi boleh bertukar arah bila sekatan dihentikan. Ini mungkin berlaku jika Dunia tidak cukup bekalan terutamanya makanan.
4. Russia boleh menyerah kalah bila-bila masa sahaja. Trader mungkin tersalah langkah jika ini berlaku.