Breaking

Major Strategy Update Bersama MFM Securities

Views: 400
0 0

Bila FED mulakan Taper, Gold biasanya menurun.

Untuk jangkamasa yang sangat panjang, Gold dijangka menaik kerana US govt mahukan “weak” Dollar. TETAPI, dalam masa yang terdekat, Central Bank utama dunia sedang bercakap tentang Taper. Semalam data inflasi Eropah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Kesannya ECB juga sudah mula bercakap tentang Taper.

Semasa kegawatan ekonomi akibat Covid tahun lepas, Central Bank memberikan beberapa “tongkat” untuk menyokong ekonomi. Sekarang dunia sudah ada Vaksin tetapi keberkesanannya menurun selepas enam bulan, jadi belum ada kepastian bilakah akan ada “Global Herd Immunity”.

Walaupun kami bersetuju dengan FED bahawa inflasi ini bersifat sementara, ketidakpastian “Global Herd Immunity” akan sebabkan inflasi ini kekal tinggi lebih lama dari yang dijangkakan. Sebaiknya Central Bank segera bertindak sebelum inflasi meningkat diluar kawalan.

Ekonomi sudah lebih baik dari tahun lepas. Delta Variant juga mungkin sedang peak sekarang ini. Sebahagian tongkat masih akan dikekalkan tetapi sebahagian lagi sudah boleh disimpan. Interest Rates akan kekal rendah tetapi Balance Sheet Central Bank sudah boleh dikecilkan. (Taper)

Semasa pembesaran Balance Sheet Central Bank ini, berlaku lambakan fiat money yang menyebabkan Gold naik harga. Sebaliknya, akan datang, dalam masa yang terdekat, Taper atau pengecilan balance sheet Central Bank atau pengurangan fiat money didalam sistem kewangan akan menyebabkan Gold turun harga.

Ini pernah terjadi pada 2018.


Kini anda boleh copy dagangan kami di MFM TradeCopy

SIJUHU – minima USD200, autoscale

ASAS SAHAM 1,000 – minima USD1,000, autoscale

ASAS SAHAM 10,000 – minima USD10,000, autoscale

Untuk investors password dan feeds terkini, anda boleh ke FB saya


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Ahmad Sherhan