Breaking

Janus Henderson Jangka Feds Tunggu Hingga November

Views: 67
0 0

Janus Henderson, salah sebuah kumpulan pengurusan aset ternama dari United Kingdom, baru-baru ini dalam temuramah bersama Dow Jones; mengatakan mereka melihat Bank Pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve, akan menunggu sehingga November ini untuk mengumumkan pengurangan dalam program pembelian bonnya. Bethany Payne, salah seorang Pengurus Portfolio global di Janus Henderson  berkata, bahawa Feds akan memberi fokus kepada data ekonomi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Untuk itu, beliau berkata bahawa perjumpaan maya Jackson Hole akan lebih tertumpu kepada angka-angka pekerjaan dan pengangguran serta inflasi yang perlu diberi perhatian sebelum Feds mula bertindak. Ianya akan lebih bersifat akademik, menurut beliau lagi. Sumber-sumber professional RTC team juga mengatakan bahawa Feds akan melihat kepada angka pekerjaan selepas tempoh bantuan insuran pengangguran tamat pada September nanti.

Untuk itu, data NFP dan inflasi Ogos, September dan Oktober adalah kritikal bagi Feds kerana inflasi telah pun melebihi sasaran 2% sejak bulan Mac lagi. Dengan inflasi yang kini tepu pada 5.4%, Feds tentu tidak mahu ekonomi AS terlalu panas dan angka pekerjaan masih mengecewakan! Sudah menjadi dasar Feds mahu mencapai “full employment” sejak sekian lama, namun kadar pengangguran masih di atas 3%, walaupun dalam trend menurun.

Dengan Feds yang masih berteka-teki dalam “bond tapering” dan kenaikan kadar faedah, ini dijangka akan memberi kesan kepada Dollar. Melihat kepada index Dollar di pasaran hadapan, kini berlaku “divergence” pada harga dan pengaliran dana pada tempoh 21 hari.

Dengan sentimen semasa yang bertambah baik, ini dijangka akan memberi kesan kepada pasaran saham dan matawang “high beta” seperti Aussie, Kiwi dan Loonie.


NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.