Breaking

Analisa Makro Bersama MFM Securities

Views: 202
0 0

TAPERING? Nanti Dulu kata Consumers

Minggu lepas Consumer Sentiment Survey dari University of Michigan, mencatatkan kejatuhan kepada 70.2 dari dari 81.2 pada bulan lepas, kejatuhan paling teruk sejak 2011. Data ini penting sebab Consumer Spending atau Perbelanjaan Pengguna menyumbangkan 70% kepada US GDP. Berakhirnya Unemployment Insurance di beberapa States, dan kenaikan Covid-19 Delta Variant mungkin punca data yang lemah ini.

Unemployment Insurance ini akan berakhir sepenuhnya September nanti. Data ini membayangkan ekonomi US akan lebih perlahan dihadapan. Ini mungkin mengubah pandangan pembuat policy Central Bank tentang Tapering bulan depan. Itu mungkin antara sebab Pasaran Saham Dow Jones ditutup pada paras tertinggi 35,515.38, selain laporan earnings yang bagus dari Corporates.

Minggu ini bermula dengan data ekonomi yang lemah dari US dan China. Data Consumer Sentiment US jatuh mengejut Jumaat lepas. Kemudian Data Retail Sales dan Industrial Production China juga lemah. Data China ini lemah akibat policy kerajaan membendung Covid-19 Delta Variant. Kes juga sedang meningkat di US. Data2 ekonomi dunia terbaru ini mungkin sebabkan tapering di Amerika ditangguhkan. Pasaran Saham Dow Jones bermula rendah tetapi akhirnya ditutup tinggi.

Minggu ini penuh dengan data2 ekonomi dari US. Sebentar lagi 8.30 pm data penting Retail Sales tetapi tengah malam nanti Pengerusi FED Jeremy Powell akan berucap. Pendapatnya tentang Tapering ditunggu2 oleh pasaran. Beliau mungkin beri komen tentang kes Covid-19yang sedang meningkat di US sekarang ini. Pasaran mungkin volatile ketika itu.


Kini anda boleh copy dagangan kami di MFM TradeCopy

SIJUHU – minima USD200, autoscale

ASAS SAHAM 1,000 – minima USD1,000, autoscale

ASAS SAHAM 10,000 – minima USD10,000, autoscale

Untuk investors password dan feeds terkini, anda boleh ke FB saya


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Ahmad Sherhan