Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – GBP/USD

Views: 912
0 0

Lebih enam minggu lamanya sejak kali terakhir kita melihat kepada pandangan Citibank untuk GBP/USD. Belian jangka pendek AUD/USD tidak berjaya dan EUR/USD pula telah lama mencapai sasaran. Memang memedihkan apabila dagangan anda mengenai stop loss sebelum ia bergerak seperti yang anda jangkakan. Ianya membuatkan anda rasa stop loss itu tidak berguna. Tetapi sebenarnya tidak dan kerana itulah adanya konsep “re-enty” sekiranya sesuatu “setup” itu masih valid. Apa pun, mari kita lihat pandangan Citibank untuk GBP/USD pada minggu ke-27 ini.

** Pelanggan MFM Securities boleh mendapatkan laporan penuh Citibank dengan menghubungi pengurus akaun anda

CitiFX:

Fundamental:

  • Citibank menjangkakan Bank of England akan bersabar dan menunggu sehingga November nanti untuk membuat keputusan dalam polisi kewangannya.
  • Sementara itu BoE dijangka akan terus membuat pembelian semula bon sehingga hujung tahun atas dasar kadar pengangguran yang masih tinggi dan akan menunggu sehingga Ogos 2023 untuk menaikkan kadar.
  • Sebarang data positif sektor pekerjaan UK dalam bulan-bulan yang mendatang akan mendorong BoE untuk merubah pendirian dan ini boleh menyokong Pound.
  • Citibank melihat sebarang kejatuhan nilai Pound adalah peluang belian, terutamanya dengan USD dan matawang berkadar rendah seperti EUR, JPY dan CHF.

Teknikal

  • Citibank melihat sokongan tiga serangkai sekitar 1.3646-82 adalah kukuh dan sukar ditembusi, dimana “moving average” 200 hari bertemu dengan paras terendah tahun ini yang juga paras terendah pada bulan April.
  • Sehingga hujung bulan Jun, Citibank melihat Pound “bullish” dalam jangka sederhana berbanding Dollar dan Euro. Jangkaan GBP/USD untuk enam hingga 12 bulan adalah sekitar 1.43 dan meningkat kepada 1.44 selepas 12 bulan. Untuk EUR/GBP pula, ianya dijangka berada sekitar 0.82 dalam masa enam hingga 12 bulan dan jatuh ke paras 0.80 selepas 12 bulan.
  • Ketika artikel ini ditulis, GBP/USD berada sekitar 1.3840 dan EUR/GBP pula berada sekitar 0.8548 dan Citibank merancang menjual EUR/GBP dengan “stop loss” pada 0.8840 dan sasaran pada 0.8300

Pasaran Hadapan GBP/USD

  • Volume profile untuk 6 bulan (180 hari) menunjukkan volume point of control (VPOC) sekitar 1.3900-1.3880 yang kini sedang dikuasai penjual dan pembeli cuba menambah bidaan untuk memecah paras rintangan tersebut.
  • Kelihatan juga volume weighted moving average (VWMA) dalam tiga warna berada dalam trend menurun yang menunjukkan penjual menguasai pasaran dan volume juga menunjukkan pembeli berdepan dengan tekanan order jualan sehingga paras 1.4000
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC pada minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah mengambil untung belian dengan dengan mengurangkan “net-long” semenjak pertengahan Jun dari $2.832 kepada $1.533 billion dan menjangkakan kejatuhan lagi kerana ianya lebih rendah dari jumlah “net-long” pada 4 Mei, sebanyak $1.723 billion.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (6/7) menunjukkan minat hak jualan yang jauh melebihi minat hak belian. Spekulator rata-rata berpandangan bahawa Pound berdepan dengan rintangan jualan yang besar pada paras 1.3850, sedikit di bawah paras VPOC 6 bulan pada 1.3880-1.3900 di mana spekulator juga menjangkakan tekanan jualan.

Dalam pandangan kami, dengan yields spreads yang memihak kepada Dollar, pasaran lebih menyukai strategi “sell-on-rally” selama mana carta harian menutup di bawah pivot bulanan, sekitar 1.3950, dengan “stop loss” di atas 1.4020 dan sasaran pada sokongan tiga serangkai yang dinyatakan Citibank pada 1.3646-82


NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.