Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – EUR/USD

Views: 950
0 0

AUD/USD masih tidak menutup di atas paras 0.7820, malah memecah paras terendah minggu ke-20 dan menutup di bawah 0.7710 dan ketika artikel ini ditulis, ianya berlegar-legar sekitar 0.7715. Untuk itu kami melihat jualan masih “valid” dan “cut loss point” boleh diturunkan kepada 0.7800. Sekali lagi malang menimpa GBP/USD apabila ia mencapai “stop loss” dahulu sebelum menutup dengan “bearish pin bar” pada hari Selasa (1/6). Oleh itu, kita tinggalkan dahulu GBP/USD dan cuba lihat kepada EUR/USD untuk mempelbagaikan pilihan pasangan matawang. Kita boleh abaikan USD/JPY untuk tujuan analisa ini.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • Citibank menyimpulkan bahawa bancian dan data ekonomi Eropah tambah melemah pada bulan April lalu dan ini sedikit sebanyak menekan Euro.
  • Kelihatan imbangan dagangan Eropah telah bertambah baik, dan sekiranya trend ini berterusan, ianya boleh menyokong Euro. Namun, ketidak seimbangan GDP antara Amerika Syarikat dan Eropah (yang memihak kepada AS) boleh kembali pada suku ke-tiga dan ke-empat.
  • Feds AS dijangka mengetatkan polisi kewangan pada penghujung 2021, tetapi ECB masih merancang untuk memanjangkan polisi sepanjang 2022. EUR/USD dijangka merudum dalam masa terdekat.

Teknikal

  • Citibank melihat pasangan EUR/USD “bearish” pada paras 1.2243 dan “bullish” pada paras 1.2003 serta menjangka EUR/USD dalam trend menurun dengan berlegar-legar sekitar 1.22 dalam masa tiga bulan, sebelum ke paras 1.16 dalam masa 6-12 bulan dan 1.15 untuk jangka panjang (lebih 12 bulan)

Pasaran Hadapan

  • Sekitar 9 pagi New York, “market depth” dan carta di atas menunjukkan proses “distribution” yang sedang berjalan lantaran order tawaran yang melebihi bidaan.
  • Garisan uptrend 4 jam telah pun pecah dan kini nilai tukaran EUR/USD sedang menuju paras “volume point of control” (VPOC) sekitar paras 1.2130
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC pada minggu lepas pula menunjukkan spekulator terus menambah kontrak belian dan mengurangkan kontrak jualan; sekaligus menambah “net long” kepada $15.925 billion.
  • Ini menunjukkan spekulator, masih menjangka kenaikan dalam EUR/USD sehingga minggu lepas. Untuk maklumat lebih terkini, pasaran hadapan dan opsyen boleh memberi sedikit klue.

Pasaran Derivatif Opsyen

Tidak hairanlah EUR/USD berada dalam keadaan “sideways” sepanjang sepuluh hari lalu, kerana permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (2/6) menunjukkan minat hak belian dan jualan yang seakan seimbang.

Spekulator melihat paras pivot bulanan, sekitar 1.2160, sebagai penanda aras seterusnya. Penutupan carta harian di bawah paras tersebut memberikan “signal” bahawa penjual kini mula menguasai pasaran. Dalam pandangan kami, dengan nilai tukaran yang masih berada di atas VPOC sekitar 1.2130; pembeli masih menguasai pasaran. Pemecahan paras tersebut, memberikan petanda jelas bahawa penjual menguasai pasaran.

Secara fundamental, tidak dinafikan EUR/USD berada dalam trend menurun dan kenaikannya sebelum ini bukanlah kerana kekuatan Euro, tetapi akibat kelemahan Dollar. Data NFP pada hari Jumaat akan menentukan arah Dollar seterusnya dan ketika ini spekulator menjangkakan kekuatan Dollar; lantaran jumlah pekerjaan yang dijangka bertambah dari 266 ribu kepada 650 ribu dengan kadar pengangguran yang dijangka menurun dari 6.1% kepada 5.9%. Untuk itu, kami bersama Citibank menjual dengan “stop loss” di atas 1.2260 dan sasaran pada 1.2050 dan 1.2000.


NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.