Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – GBP/USD

Views: 741
0 0

Oleh kerana AUD/USD masih tidak menutup di atas paras 0.7820, maka jualan dengan stop loss 0.7900 masih “valid”. GBP/USD pula agak malang apabila ia mencapai “stop loss” dahulu sebelum berjalan seperti yang dijangkakan. Untuk itu, mari kita lihat apa pandangan Citibank untuk minggu ke-21 kini.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • Keadaan kesihatan awam yang bertambah baik, membenarkan UK membuka ekonomiya semula ke paras normal dengan jangkaan kawalan yang dilonggarkan sepenuhnya pada pertengahan musim panas.
  • Rujukan nilai masa lampau, kini GBP/USD berada pada 10-15% lebih rendah dari nilai wajarnya. Pembelian aset-aset dalam UK boleh menyokong Pound.
  • Namun begitu, Bank of England mungkin menambah stimulus sekiranya perlu dan kenaikan kadar tidak dijangka sehingga 2024 dan ini boleh mengekang Pound.

Teknikal

  • Pound dijangka mendapat sokongan belian selama mana masih kekal di atas paras 1.4000/20 dan pelabur dijangka akan menggunakan strategi “buy on dip” kerana Pound masih mampu memacu ke paras 1.4350/80
  • Citibank melihat pasangan GBP/USD “bearish” pada paras 1.4377 dan “bullish” pada paras 1.4017 serta menjangka GBP/USD berlegar sekitar 1.42 dalam masa tiga bulan, 1.36 dalam masa 6-12 bulan dan kembali ke paras 1.37 untuk jangka panjang (lebih 12 bulan)

Pasaran Hadapan

  • Carta pasaran hadapan di atas menunjukkan proses “distribution” yang sedang berjalan dengan pembeli dan penjual yang cuba menguasai pasaran. Ketika artikel ini ditulis, terdapat order tawaran besar lebih 130 lot sekitar paras 1.4205
  • Corak “uptrend channel” menunjukkan kekuatan pembeli, namun penjual cuba menguasai kawasan psikologi 1.4200 dan menekan nilai tukaran matawang GBP/USD kembali ke “lower bound channel” sekitar 1.4010
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC pada minggu lepas pula menunjukkan spekulator mengambil untung belian dengan mengurangkan “net-long” dari $2.490 kepada $2.208 billion dan menjangkakan kejatuhan dalam masa terdekat kerana ianya lebih rendah dari jumlah “net-long” pada 27 April, tiga minggu sebelum itu, sebanyak $2.541 billion.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (26/5) menunjukkan minat hak belian yang jauh melebihi minat hak jualan. Spekulator rata-rata berpandangan bahawa Pound mampu memacu ke paras 1.4220/50 selama mana paras sokongan 1.4170 dan 1.4150 berjaya dipertahankan. Sekiranya gagal dan paras 1.4120 berjaya dipecahkan, besar kemungkinan ia hilang minat belian sehingga paras psikologi 1.4000, dimana Citibank merancang masuk membeli.

Ketika artikel ini ditulis, “yields spreads” lebih daripada setahun memang memihak kepada USD, namun GBP masih mendapat permintaan atas yields setahun dan juga di bawah nilai wajar.

Dalam pandangan kami, dengan pecahnya paras terendah hari rabu, sekitar 1.4110, penjual kini sedang cuba menguasai pasaran  dan sekiranya minggu ini menutup di baawah 1.4150, itu menunjukkan kekuatan memihak kepada penjual. Sekiranya anda berminat menjual pada harga semasa, sekitar 1.4180 ketika artikel ini ditulis, “stop loss” di atas 1.4230 dan sasaran pada 1.4000 adalah wajar sebelum masuk membeli semula.


NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.