Breaking

Modal Dan Nisbah Pelaburan

Views: 35
0 0

MFM Securities dalam usaha untuk mendidik pelabur berbahasa Melayu, telah bekerjasama dengan Tuan Ahmad Sherhan Abu Samah, bekas Timbalan Pengarah, Jabatan Pelaburan Ekuiti Institusi di Bank Pelaburan RHB; dalam menerbitkan beberapa siri video penerangan tentang asas pelaburan dalam pasaran saham.

Tuan Ahmad Sherhan telah berkecimpung dalam dunia pelaburan selama lebih 23 tahun dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman dalam memahami pergerakan pasaran global dan bagaimana ia mempengaruhi pasaran tempatan. Laporan beliau “Global Market Moving Events” semasa bersama RHB, telah dibaca oleh pedagang dan pengurus dana institusi setiap minggu. Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam membantu mereka merangka strategi pelaburan berdasarkan asas fundamental dan teknikal.

Dalam video siri ke-enam ini, di samping berita saham terkini, Tuan Ahmad Sherhan juga membicangkan kesesuaian modal dan nisbah pelaburan anda.

MFM Securities : Stock Market – Part 6

Mr. Sherhan returns with the most recent stock market news here!Our official website https://www.mfmsecurities.com/ for more details.​#MFMEducation​​​ #MFMSe…

NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.