Breaking

Melabur Saham Seperti FM Professional

Views: 72
0 0
Pelaburan Saham – Beri Mandate Pada Diri Sendiri 23
Melabur Saham Like A Pro Fund Managers.
Belajar Dari Pakar – John Kim
Matlamat Pelaburan dan Benchmark – Tanda Aras Performance Pelaburan
Kita dah bincangkan Strategi pelaburan yang selamat, indexing atau melabur dalam unit trust yang benchmarknya adalah indeks utama seperti S&P500. Matlamat kita adalah untuk tingkatkan pulangan pelaburan sebaik mungkin.
Kita perlu memahami trend, melalui ilmu Analisa Teknikal dan Fundamental.
Untuk tahu strategi kita berjaya atau tidak, kita perlukan benchmark dan kita gunakan indeks S&P500 sebagai benchmark kita. Dan kita belajar cara menguruskan portfolio dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Kita pernah share portfolio Norway Sovereign Wealth Fund, Swiss National Bank equity portfolio, dan Warren Buffett.
Gambar di atas dari tipranks.com.
Sejak June 2013, S&P500 untung sebanyak 251.4%, berbanding Warren Buffet 144.5% atau average Hedge Fund 132.3%. Sebenarnya performance Warren Buffet adalah sangat bagus bila kita mengambil kira dia ada tunai hampir 40%.
Gambar di bawah pula rank no 1, John Kim dari Night Owl Capital. Kita boleh ikut senarai saham yang dibeli oleh hedge fund manager ini.
Pada masa yang sama, kita boleh kaji Fund Managers yang lain di tipranks.com
Ikuti siri video fahami pasaran global di sini dan FB saya untuk “feeds” yang lebih terkini.

NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Ahmad Sherhan