Breaking

Feds Beri Amaran, Pelabur Jangan Terlalu Ghairah

Views: 294
0 0

Kegilaan pelabur dalam membida harga saham dan aset pelaburan seperti krypto, telah membawa index pelaburan seperti Dow Jones dan S&P 500 mencapai paras tertinggi dalam sejarah. Kejadian terbaru, kejatuhan firma pelaburan seperti Archegos Capital, dengan kerugian lebih $10 billion, seharusnya memberikan amaran yang wajar kepada pelabur.

Bank Pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve, dalam laporan Kestabilan Kewangan terbarunya; memberikan amaran bahawa keadaan tersebut telah meningkatkan risiko kepada ekonomi AS yang baru sahaja keluar dari kemelut ekonomi angkara pandemik virus corona. Menurut Feds, sektor hartanah komersil masih berisiko, terutamanya selepas pandemik yang merudumkan permintaan untuk ruang pejabat dan perniagaan.

Feds juga memberikan amaran bahawa terdapat risiko kepada sistem kewangan sekiranya pandemik berulang dan ini mampu merudumkan semula ekonomi. Kejatuhan harga aset, terutamanya syarikat dengan beban hutang tinggi seperti syarikat insurans dan firma pelaburan, boleh menyebabkan pengeluaran dana dari pasaran modal dan kewangan, terutamanya dengan kehadiran sistem pembayaran digital yang baru.

Dalam pada itu, sekiranya Eropah tidak dapat mengawal rebakan virus korona dan program ransangan kerajaan tidak mencukupi untuk meneutralkan kesan negatif tersebut; institusi kewangan Eropah boleh mengalami kerugian teruk dan ini boleh memberi kesan kepada ekonomi dan sistem kewangan Amerika Syarikat, tambah Feds lagi.

Anda boleh baca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dari pautan Feds di sini.

 


Team Pelaburan MFM Securities berusaha membawakan anda “world class research” supaya anda menjadi pelabur yang sentiasa peka kepada situasi dalam pasaran. Anda boleh dapatkan laporan-laporan dari institusi kewangan, pelaburan dan kajian dari agensi bebas dengan menghubungi pengurus akaun, live chat, atau [email protected]