Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – GBP/USD

Views: 655
0 0

Perkara yang paling menyakitkan bagi seorang trader ialah apabila “stop loss” nya dipenuhi dan kemudian pasaran bergerak semula mengikut jangkaan yang telah dibaca; meninggalkan anda dalam kehampaan. Ya, itulah yang berlaku dalam dagangan belian GBP/USD pada minggu ke-15. Tidak mudah untuk berdamai dengan takdir terutamanya bila anda di pihak yang kerugian. Apa pun jangan putus asa dan mari kita lihat bagaimana pandangan Citibank pada minggu ini, minggu ke-17.

 

CitiFX:

Fundamental:

Citibank dilihat mengekalkan pandangan fundamental berikut:

  • Kini UK berdepan dengan risiko politik pilihanraya Scotland yang bakal diadakan pada 6 Mei nanti, yang dilihat boleh mengekang Pound, lantaran sikap pembeli yang lebih berhati-hati.
  • Keadaan kesihatan awam yang bertambah baik, membenarkan UK membuka ekonomiya semula ke paras normal dan kini pasaran kini tidak lagi menjangka BoE akan memasuki dasar kadar faedah negatif.
  • Rujukan nilai masa lampau, kini GBP/USD berada pada 10-15% lebih rendah dari nilai wajarnya. Seandainya program pemvaksinan UK berjalan seperti yang dirancangkan dan pembukaan semula ekonomi berjalan lancar, ini boleh menyokong Pound.

Citibank juga melihat beberapa faktor baru dalam penilaian Pound:

  • Angka PMI perkhidmatan UK pada 60.1 melebihi jangkaan pasaran dan ini menyokong Pound.
  • Kerisauan jangka sederhana, selain dari pilihanraya Scotland, ialah keadaan pasaran pekerjaan UK yang masih rapuh di samping isu dagangan dua-hala EU-UK yang boleh mengekang kenaikan Pound pada paras 1.4000

Teknikal

  • Pound melonjak tinggi untuk membentuk corak “double bottom” apabila ia didagangkan melepasi “neckline” pada paras 1.3919. Namun begitu, ia menghadapi kesukaran untuk menembusi paras 61.8% Fibonacci dan rintangan sekitar paras 1.4017 – 1.4020.
  • Citibank lebih cenderung untuk melihat rintangan tersebut bakal ditembusi untuk mencapai paras 76.4% Fibonacci sekitar paras 1.4103.
  • Citibank melihat pasangan GBP/USD “bearish” pada paras 1.4017 dan “bullish” pada paras 1.3734 serta menjangka sokongan utama pada 1.3734 sehingga 1.3670. Rintangan pula dilihat pada 1.4017 dan 1.4237.
  • Citibank menjangka GBP/USD akan berada sekitar 1.39 dalam masa tiga bulan, 1.38 dalam masa 6-12 bulan dan menurun ke 1.37 untuk jangka panjang (lebih 12 bulan)

Pasaran Hadapan

  • Carta pasaran hadapan di atas menunjukkan pengembangan Fibonacci dari paras terendah sekitar 1.3671 telah pun disempurnakan pada 423.6% sekitar paras 1.4012/17.
  • Kekuatan pembeli masih wujud dengan kelihatannya sokongan pada paras 1.3850/80 dan nilai tukaran yang berada di atas garisan 30 hari “volume weighted average price” (warna ungu).
  • Rintangan jualan hanya tebal di bawah 1.3950 dan selepas itu ianya tipis, menunjukkan sekiranya ia pecah, akan mudah untuk pembeli menguasai pasaran.
  • Seandainya pembeli tewas, mereka dijangka akan berundur ke kubu seterusnya pada paras 1.3780/50 di mana pembeli dilihat mempunyai “point of control” seterusnya.
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC pada dua minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah menambah “net-long” dari $1.724 kepada $2.199 billion dan ini menunjukkan spekulator masih menjangka kenaikan kadar tukaran GBP/USD.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (27/4) menunjukkan minat hak belian yang jauh melebihi minat hak jualan. Spekulator rata-rata berpandangan bahawa Pound akan terus memacu dan mampu memecah paras 1.3900/50 walaupun ketika ini “yields spreads” lebih memihak kepada Dollar.

Dalam pandangan kami, belian boleh dibuat dengan “stop loss” di bawah 1.3820 dan sasaran pada 1.3950 dan 1.4000 sebelum pembeli dijangka hilang kawalan pasaran.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.