Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Views: 650
0 0

Belian jangka pendek AUD/USD pada 0.7750 dengan “stoploss” di atas 0.7720 dan sasaran serta jualan semula pada paras 0.7850 dan 0.7895 pada mingu ke sepuluh tidak berjalan seperti yang dirancangkan kerana penjual telah memasuk pasaran lebih awal dan terus menekan nilai tukaran matawang Aussie Dollar selama dua minggu selepas itu. Kini pada minggu ke-16, nilai tukaran sekali lagi kembali ke paras 0.7750 dan mari kita lihat apa pandangan CitiFX kali ni.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • Sektor pekerjaan Australia meningkat sebanyak 70,700 pada Mac lalu dengan kadar pengangguran yang menurun pada 5.6%, dimana keduanya lebih baik dari jangkaan dan ini menyokong Aussie.
  • Keyakinan pengguna Australia terhadap ekonomi tempatan, yang berada pada paras tertinggi dalam 11 tahun dijangka menyokong Aussie.
  • Momentum sentimen risiko yang positif dijangka terus menyokong harga komoditi termasuk minyak dan tembaga dimana Citibank kekal “bullish”.
  • Namun begitu, Citibank masih melihat kekuatan Dollar dalam masa enam ke dua belas bulan hadapan, lantas meramal Aussie yang melemah. Ini juga adalah kerana Bank Pusat Australia (RBA) yang masih “dovish”.

Teknikal

  • Aussie kelihatan membentuk corak “inverted head and shoulder” yang kecil apabila ia memecah “rising neckline” pada paras 0.7692 dan ini dilihat mampu memacunya ke sasaran 0.7800 dimana rintangan tiga sekawan berada sekitar 0.7820-0.7849 (Paras tertinggi Januari dan Mac, serta paras 61.8% balikan fibonaccci)
  • Ini mungkin menunjukkan kekuatan trend menaik yang mampu mencapai paras 76.4% sekitar 0.7895 dan seterusnya paras tertinggi trend sekitar 0.8007
  • Citibank melihat pasangan AUD/USD “bearish” pada paras 0.8007 dan “bullish” pada paras 0.7532 serta menjangka sokongan utama pada 0.7532 sehingga 0.7460. Rintangan pula dilihat pada 0.7849 dan 0.80007.
  • Citibank menjangka AUD/USD akan berada sekitar 0.77 dalam masa tiga bulan, 0.78 dalam masa 6-12 bulan dan menurun ke 0.76 untuk jangka panjang (lebih 12 bulan)

Pasaran Hadapan

  • Carta pasaran hadapan di atas menunjukkan kekuatan pembeli masih wujud dan telah mampu memacu nilai tukaran AUD/USD kembali ke atas “neckline” corak “head and shoulder” yang lebih besar; dan kini telah terbentuk satu “head and shoulder” yang kecil.
  • Order flow menunjukkan paras order terbanyak sekitar 0.7750 ketika artikel ini ditulis berada dalam kawalan penjual dan pembeli besar kemungkinan terpaksa berundur ke paras sokongan seterusnya sekitar 0.7650/20.
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC sehingga Selasa minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah mengurangkan “net-long” dari $312 kepada $287 juta dan ini menunjukkan spekulator mengambil untung kerana menjangka tekanan jualan di hadapan.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (21/4) menunjukkan minat hak jualan yang melebihi minat hak belian. Namun spekulator masih menjangka paras 0.7750 akan dipertahankan untuk dua minggu lagi (15 DTE).

Ketika artikel ini ditulis, “yields spreads” untuk setahun masih memihak kepada AUD dengan perbezaan yang kecil (0.08% vs 0.07%) dan dua tahun ke atas memihak kepada USD dengan perbezaan yang lebih besar. Dengan corak “head and shoulder” yang lebih besar itu, kami menjangka penjual akan terus memasuki pasaran untuk jangka panjang lantaran pulangan Bon USD yang lebih menarik dari AUD. Dalam pandangan kami, jualan boleh dibuat selama mana kadar tukaran AUD/USD kekal di bawah 0.7850 dengan sasaran terbuka atau hingga dua/tiga kali risiko dengan pengurusan dagangan yang aktif lantaran “stop loss” yang besar (7850 – 7700 = 150 pips).

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.