Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – GBP/USD

Views: 603
0 0

Alhamdulillah, dagangan GBP/USD pada lewat February lalu berjaya mencapai sasaran dan kami harap anda juga berjaya masuk menjual mengikuti Citibank pada paras 1.4220/30 sehari selepas itu dan berjaya menjana lebih 500 pips! Kini hampir lapan minggu telah berlalu, mari kita lihat apa padangan Citibank minggu ini untuk GBP/USD.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • Sentimen risiko yang meningkat pada awal suku kedua menyebabkan Dollar melemah, sekaligus menyokong Pound. Namun, isu vaksin AstraZeneca menyebabkan program pemvaksinan UK terbantut; sekaligus merudumkan Pound selepas itu.
  • Kini UK berdepan dengan risiko politik pilihanraya tempatan yang bakal diadakan pada 6 Mei nanti, yang dilihat boleh mengekang Pound. Pada masa yang sama, proses pemilihan vaksin baru dijangka akan melewatkan proses pemvaksinan rakyat UK dan banyak berita baik tentang Pound telah pun difaktorkan ke dalam kadar tukaran semasa.
  • Kini pasaran tidak lagi menjangka BoE untuk memasuki dasar kadar faedah negatif, dan Citibank juga tidak menjangka kenaikan kadar sehingga tahun 2024. Rujukan nilai masa lampau, kini GBP/USD berada pada 10-15% lebih rendah dari nilai wajarnya. Seandainya program pemvaksinan UK berjalan seperti yang dirancangkan dan pembukaan semula ekonomi berjalan lancar, ini boleh menyokong Pound.

Teknikal

  • Minggu ini Citibank melihat pasangan GBP/USD “bearish” pada paras 1.3919 dan “bullish” pada paras 1.3566 serta melihat pemecahan paras 76.4% fibonacci kini membawa kepada sokongan sekitar paras 1.3566. Kiranya ia melonjak pada paras tersebut, lonjakan mampu mencapai sekurang-kurangnya 1.3919
  • Citibank melihat Pound tidak mampu meneruskan pacuan untuk menerobos rintangan seterusnya, dari 1.39 sehingga 1.40, lantaran banyak berita baik yang telah pun difaktorkan ke dalam nilai semasa.

Pasaran Hadapan

  • Ketika artikel ini ditulis, carta pasaran hadapan di atas menunjukkan pembeli telah menguasai pasaran selepas berjaya memecah kubu penjual pada paras 1.3750/60 dan kini memacu untuk menguji paras 1.3780 dan seterusnya paras psikologi 1.3800/20 dimana ramai penjual dijangka memasuki pasaran.
  • Paras 1.3826 juga merupakan 61.8% fibonacci dari paras 1.3922 hingga 1.3671 dan ini dijangka akan mengekang kenaikan Pound yang juga merupakan garisan downtrend 61.8% fibfan dari paras 1.4245 hingga 1.3671
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC sehingga Selasa minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah mengurangkan “net-long” dari $2.143 kepada $1.724 billion dan ini menunjukkan spekulator telah mengambil untung belian kerana menjangka penurunan kadar tukaran GBP/USD.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (13/4) menunjukkan minat hak belian yang melebihi minat hak jualan. Dengan pemecahan downtrend line 50% fibfan dan kubu penjual pada paras 1.3750, kami melihat potensi belian “day trade” dan jangka pendek boleh dibuat dalam kawasan belian 1.3780/50 dengan stop loss 1.3740 dan sasaran pada kawasan 1.3820/50/80 sebelum masuk menjual semula pada kawasan 1.3880/1.39/1.3920.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.