Breaking

Fokus Kepada Proses Jika Mahu Konsisten Untung

Views: 20
0 0

Ramai trader baru selalu befikir, bagaimana mereka boleh menjana lebih keuntungan dalam dagangan mereka. Oleh itu mereka selalu meletakkan matlamat seperti cuba mendapatkan sejumlah pips atau Dollar dalam sehari, seminggu atau sebulan. Contohnya, “saya akan dapatkan $100 sehari kerana saya perlukan $500 seminggu atau $2000 sebulan”. Secara umumnya ini tidaklah salah, tetapi ia akan membuatkan anda lebih stress dan menghadapi tekanan perassan sekiranya anda gagal mencapainya.

Saya berpendapat, adalah lebih baik anda fokus kepada proses dagangan dahulu, kemudian barulah keputusannya. Ini adalah kerana mematuhi proses dagangan yang telah anda rangka, adalah dalam kawalan anda. Sedangkan keputusan daripada proses dagangan tersebut adalah di luar kawalan anda. Anda tentu telah mengalami keadaan di mana anda telah mematuhi segala langkah-langkah dalam proses dagangan anda, namun anda masih kerugian.

Jadi anda membuat keputusan untuk mencuba dengan lebih gigih dan anda masih kerugian. Kemudian anda merasakan sistem anda kekurangan, lalu anda pun menambah beberapa indikator lagi supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat. Akhirnya carta di terminal dagangan anda menjadi serabut dan anda masih kerugian. Adakah ini bermaksud anda perlu ubah proses anda?

Tidak! Terutamanya dalam masa yang singkat. Pada setiap akhir sesi dagangan anda, jangan nilai diri anda berdasarkan jumlah wang yang anda jana. Tetapi, tanyalah diri anda:

  • Adakah saya telah mematuhi proses dagangan saya
  • Adakah saya telah ambil semua dagangan yang disarankan oleh sistem saya

Jika anda menjawab “Ya” kepada kedua-dua soalan tersebut, Tahniah! Ianya masih okay jika anda rugi, tetapi carilah apa kesilapan yang anda telah lakukan supaya anda boleh melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jika anda menjawab “Tidak” kepada soalan tersebut, ini bermaksud anda memang sengaja menempah kegagalan. Namun, saya faham ianya tidak semudah itu; kerana adakalanya anda tidak mematuhi proses dan sistem dagangan anda, namun masih untung bukan? Ya! Itulah yang memeningkan ramai trader di luar sana. Apa yang anda perlu faham adalah keputusan adalah di luar kawalan anda, tetapi apa yang anda lakukan adalah dalam kawalan anda.

Kadang-kadang apa yang lebih berat sebenarnya ialah, trader itu sendiri tidak mempunyai sistem yang serasi dengan beliau dan proses dagangan yang professional. Sekiranya perkara tersebut diatasi, percayalah keuntungan akan datang secara semulajadi.

 

Nota:

Artikel ini telah diterjemah dan diadaptasi daripada artikel asal berbahasa Inggeris Dr. Pipslow di BabyPips. Anda boleh membacanya diĀ sini.

About Post Author

BabyPips