Breaking

Credit Suisse, Citibank, Nomura, Goldman Sachs Rugi Lebih $10 Billion…

Views: 81
0 0

Berapa pun kerugian yang telah anda alami selama ini, kami percaya anda tentu rasa tertekan. Terutamanya, kalau kerugian itu adalah wang utama yang sepatutnya bukan untuk pelaburan atau dagangan. Bayangkan kalau anda rugi lebih banyak daripada itu. Baru-baru ini, Credit Suisse, Citibank, Nomura dan Goldman Sachs telah mengalami kerugian terkumpul lebih $10 billion, akibat “margin call” yang dialami oleh dana pelaburan keluarga Archegos Capital.

Archegos Capital, sebuah syarikat pelaburan yang menguruskan dana keluarga Bill Hwang, bekas penganalisis Tiger Management, sebuah syarikat pelaburan terkenal suatu ketika dahulu; tidak mampu untuk memenuhi tuntutan “margin call” dari beberapa bank yang menjadi brokernya, apabila beberapa saham dalam pegangannya merudum pada minggu lepas. Berikut adalah antara saham tersebut:

1.  VIACOMCBS (VIAC)

 

2. Discovery Inc (DISCA)

3. Tencent (TME)

4. Baidu (BIDU)

Dikatakan pegangan saham Archegos dalam syarikat di atas dan beberapa lagi syarikat, telah dicairkan oleh Credit Suisse, Citibank, Nomura dan Goldman Sachs untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar. Jumlah terkumpul dikatakan $10 bilion atau mungkin lebih. Walaupun kejatuhan Baidu (BIDU) kelihatan tidak banyak, tetapi jumlah pegangan saham yang terlalu besar menyebabkan Archegos tersembam. Kes ini samalah seperti broker Alpari suatu ketika dahulu, apabila matawang CHF mengukuh dan ia kerugian apabila pelanggannya gagal menambah modal untuk menampung dagangan.

 

Pengajaran:

Begitulah akibat leveraj atau margin yang berlebihan. Leveraj atau margin adalah umpama pedang dua mata. Ia mampu menambah keuntungan dan juga kerugian apabila pelaburan anda tersasar dari jangkaan. Jadi sebelum anda memilih kadar margin, fikirkanlah dahulu berapa yang anda sanggup rugi untuk akaun tersebut. Sekiranya anda mempunyai modal $10,000, itu tidak bermakna anda perlu mendepositkan keseluruhan modal tersebut ke dalam akaun. Itu hanya akan mengkayakan broker sahaja.

Ya. Modal yang anda deposit ke broker anda selalunya tidak dibayar faedah bukan? Sedangkan broker anda mendapat faedah dari banknya atas modal itu. Bayangkan kalau 100 orang mendeposit $10,000? Atau 1,000 orang mendeposit $1,000? Sudah $1 juta bukan? Ya. Bayangkan faedah yang dimakan oleh broker anda, sedangkan anda tidak mendapat apa-apa. Apakah semua broker begitu? Tidak. Terdapat juga broker yang membayar faedah atau hibah, dan itulah broker yang adil.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.