Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Views: 546
0 0

Kali terakhir kita melihat pasangan matawang AUD/USD ialah pada minggu ke-enam, dan dagangan tersebut telah berjaya mencapai sasaran pertama pada 0.7780, namun hanya mampu mencapai 0.7805 sahaja sebelum menjunam akibat pengambilan untung pada 16/2/2021. Kali ini pada minggu ke-sembilan, mari kita lihat lagi bagaimana kedudukannya sekarang.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • Angka pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengatasi jangkaan, dimana 379 ribu pekerja telah ditambah dan kadar pengangguran telah turun kepada 6.2%. Ini telah mengukuhkan Dollar dan mengekang Aussie.
  • RBA mengekalkan kadar faedah dan polisi kewangan Australia, namun pesimis dalam kenyataannya; sekaligus mengekang prestasi Aussie.
  • Citibank menjangkakan RBA menambah sekitar A$100b kepada program pembelian aset besarnya yang bermula Oktober tahun lepas dan ini dijangka mengekang Aussie.
  • Pemulihan domestik Australia lebih baik dari jangkaan dan Citibank percaya ianya boleh kembali ke paras pra-covid dan ini dijangka menyokong Aussie.

Teknikal

  • Minggu ini Citibank melihat pasangan AUD/USD “bearish” pada paras 0.7820 dan “bullish” pada paras 0.7564 serta menjangka sokongan utama pada 0.7538 sehingga 0.7564. Rintangan pula dilihat pada 0.7820 dan 0.80007
  • Carta pasaran hadapan di bawah jelas menunjukkan “motive wave” menekan ke bawah dan ketika artikel ini ditulis kelihatan “corrective wave” ke atas. Namun dengan sifat pasaran yag dinamik, ianya boleh berubah pada bila-bila masa.

Pasaran Hadapan

Melihat kepada order flow di pasaran hadapan, sehingga artikel ini ditulis, pasangan matawang ini mendapat sokongan belian dan tekanan jualan yang hampir seimbang. Kelihatan nilai tukaran AUD/USD melepasi tekanan jualan dan peperangan antara pembeli dan penjual sedang berlaku terus-menerus.

Laporan kedudukan spekulator dari CFTC sehingga Selasa minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah kembali “net-long” sebanyak $472 dan dengan pembelian baru ini menunjukkan spekulator menjangkakan kenaikan semula.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (10/3) menunjukkan minat hak jualan dan belian yang juga seakan seimbang, dengan sedikit “upward bias”. Namun dengan pengamatan pasaran terkini, kami lebih berkeadaan neutral.

Pengamal elliot wave mungkin lebih berminat untuk menjual jangka pendek pada harga semasa, sekitar 0.7770 ketika artikel ini ditulis, dengan “stoploss” di atas 0.7850 dan sasaran pada 0.7650 dan 0.7600 atau “open TP with trailing stop” untuk memaksimakan keuntungan. Ini semestinya lebih awal dari paras 0.7820 yang dirancang Citibank, kerana melihat struktur pasaran dan order flow semasa, ia mungkin tidak akan sampai ke situ. Namun, dengan pasaran yang bersifat dinamik, tiada yang mustahil.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.