Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – GBP/USD

Views: 245
0 0

Pada minggu lepas dagangan GBP/USD gagal mencapai sasaran dan hanya menurun sehingga 1.3830 sahaja, sebelum memacu semula sehingga hampir mencapai paras 1.4120 hari ini (23/2). Ada trader yang menutup awal dan membuat sedikit keuntungan, ada yang hanya “breakeven” dan ada juga yang mengenai “stop loss” serta ada juga yang menerima “margin call” kerana tidak mengurus dagangan dengan baik. Apa pun mari kita lihat apa pandangan Citibank untuk GBP/USD pada minggu ini. (Sila abaikan USD/CHF untuk tujuan kajian ini)

CitiFX:

Fundamental:

Minggu lepas Citibank melihat faktor-faktor fundamental yang berikut dalam menilai pasangan GBP/USD:

  • BoE menggariskan bahawa terdapat cabaran dalam operasi perbankan, namun keberatan untuk menggunakan dasar kadar faedah negatif. Ini adalah lebih baik dari jangkaan pasaran dan menyokong Pound.
  • Amerika Syarikat pula hanya menambah 49 ribu pekerjaan pada bulan Januari dan ini meleset dari jangkaan. Kadar pengangguran menurun kepada 6.3% dan Dollar melemah; sekaligus menyokong Pound.

Citibank melihat faktor fundamental yang berikut sebagai masih “valid” pada minggu ini:

  • Pound Sterling telah menjadi matawang G10 yang terbaik sejak kali terakhir Citibank membuat ramalan FX. Mungkin antara sebabnya ialah momentum dan kejutan data dari UK adalah lebih kukuh sejak awal tahun, berbanding dengan matawang yang lain.
  • Pemulihan ekonomi global dan kelemahan Dollar bakal menyaksikan permintaan yang lebih baik untuk aset di bawah nilai sepanjang 2021 dan dalam kes ini Pound dan saham UK menepati ciri-ciri aset tersebut.
  • Namun begitu, pandangan asas Citibank adalah penurunan kadar faedah BoE kepada -10 mata asas pada bulan Ogos nanti dan ini dijangka akan mengekang kenaikan Pound.

Teknikal

  • Minggu ini Citibank melihat pasangan GBP/USD “bearish” pada paras 1.4231 dan “bullish” pada paras 1.3759 serta menjangka sokongan kukuh pada 1.3759 dan 1.3657. Pembentukan corak “evening star” baru-baru ini, nampaknya gagal dalam mengekang kenaikan Pound.
  • Sebarang kejatuhan yang melebihi paras sokongan tersebut, Citibank melihat ianya boleh jatuh ke paras “convergence” MA 55 hari dan “channel base” sekitar 1.3588 – 1.3605
  • Ketika artikel ini ditulis, GBP/USD masih kukuh memacu dan menguji paras 1.4100 dan masih tiada tanda-tanda untuk membuat sebarang “pullback” yang jelas.

Pasaran Hadapan

Melihat kepada order flow di pasaran hadapan, sehingga artikel ini ditulis, pasangan matawang ini mendapat sokongan belian pada paras 1.4050/80 yang lebih kukuh daripada tekanan jualan pada paras 1.4100/20 dan terdapat trend bidaan menaik pada paras 1.4080 ke atas.

Laporan kedudukan spekulator dari CFTC juga menunjukkan penambahan net-long sebanyak $103 juta kepada $1.926 bilion yang nyata lebih banyak daripada empat minggu sebelumnya.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (22/2) menunjukkan minat hak belian yang kukuh pada paras 1.4050 dan hampir tiada minat jualan langsung!

Untuk itu, kami melihat belian boleh dilakukan dengan “stop loss” 1.4070/50 dan sasaran pada 2 kali risiko atau pada 1.4200/20 di mana Citibank bercadang masuk menjual. Namun, perlu diingatkan juga pasaran bersifat dinamik dan boleh berubah pada bila-bila masa, jadi kawallah risiko anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.