Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – GBP/USD

Views: 227
0 0

Sebelum ini kami kongsikan pandangan Citibank untuk matawang AUD/USD bagi minggu ke-enam 2021 dan sedikit analisa kami dari pasaran hadapan dan juga opsyen. Dagangan tersebut telah berjaya mencapai sasaran pertama pada 0.7780, namun hanya mampu mencapai 0.7805 sahaja sebelum menjunam akibat pengambilan untung semalam (16/2/2021). Jadi untuk itu kami akan cuba pula kupas matawang lain supaya anda dapat kepelbagaian dalam berdagang dan pilihan kali ini ialah GBP/USD atau Sterling Pound.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • BoE menggariskan bahawa terdapat cabaran dalam operasi perbankan, namun keberatan untuk menggunakan dasar kadar faedah negatif. Ini adalah lebih baik dari jangkaan pasaran dan menyokong Pound.
  • Amerika Syarikat pula hanya menambah 49 ribu pekerjaan pada bulan Januari dan ini meleset dari jangkaan. Kadar pengangguran menurun kepada 6.3% dan Dollar melemah; sekaligus menyokong Pound.
  • Pound Sterling telah menjadi matawang G10 yang terbaik sejak kali terakhir Citibank membuat ramalan FX. Mungkin antara sebabnya ialah momentum dan kejutan data dari UK adalah lebih kukuh sejak awal tahun, berbanding dengan matawang yang lain.
  • Pemulihan ekonomi global dan kelemahan Dollar bakal menyaksikan permintaan yang lebih baik untuk aset di bawah nilai sepanjang 2021 dan dalam kes ini Pound dan saham UK menepati ciri-ciri aset tersebut.
  • Namun begitu, pandangan asas Citibank adalah penurunan kadar faedah BoE kepada -10 mata asas pada bulan Ogos nanti dan ini dijangka akan mengekang kenaikan Pound.

Teknikal

  • Citibank melihat pasangan matawang GBP/USD “bearish” pada paras 1.3836 dan “bullish” pada paras 1.3657 serta menjangka sokongan kukuh pada 1.3297 dan 1.3533; sementara rintangan dilihat pada paras terendah bulan Februari 2016 sekitar 1.3836 dan pada 1.3759
  • Ketika artikel ini ditulis, paras rintangan yang disebutkan telah berjaya dipecahkan dan Pound telah mencapai paras tertinggi sekitar 1.3950. Kini ia sedang membuat “pullback” dan mari kita lihat order flow di pasaran hadapan dan opsyen sama ada pacuan tersebut adalah benar atau sekadar “fake out”.

Pasaran Hadapan

Melihat kepada order flow di pasaran hadapan, pasangan matawang ini mendapat sokongan belian yang lebih kukuh berbanding tekanan jualan apabila ia memecah rintangan sekitar 1.3750. Jadi ini bukanlah “fake-out” kerana terdapat volume yang kukuh dibelakangnya.

Ketika artikel ini ditulis, terdapat kekuatan tekanan jualan pada paras 1.3914 dengan trend tawaran bertambah dari paras 1.3920 ke atas. Namun tekanan ini masih kecil berbanding dengan sokongan belian pada paras pemecahan rintangan 1.3750 sebelumnya. Laporan kedudukan spekulator dari CFTC juga menunjukkan net-long sebanyak $1.824 bilion yang nyata lebih banyak daripada empat minggu sebelumnya.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (16/2) menunjukkan minat yang tipis terhadap Pound. Terdapat sedikit minat hak jualan pada paras 1.3900 dan 1.3850 dan sedikit minat hak belian pada paras 1.3800 dengan keadaan menunjukkan pelabur yang masih mencari arah.

Ketika ini, dengan keadaan sentimen semasa, jalan yang kurang rintangan adalah ke bawah di mana jualan harian dan jangka pendek  boleh dilakukan dengan “stop loss” pada 1.3930 dan sasaran pada 1.3800 dan 1.3780; sementara menunggu peluang belian. Kami melihat nilai tukaran GBP/USD masih boleh jatuh ke paras 1.3750 dan 1.3720 dimana peluang belian yang lebih besar boleh didapati.

Perlu diingatkan juga pasaran bersifat dinamik dan boleh berubah pada bila-bila masa, jadi kawallah risiko anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.