Breaking

Ladang Ganja di Temui Sebelah Bank of England

Views: 110
0 0

London, Jan 21 – Dengan perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan di United Kingdom, terutamanya di kota besar London, Polis Kota London pada hari Rabu mengatakan bahawa mereka menemui ladang ganja pertama di daerah bersejarah itu. 826 tanaman ganja disita di sebuah bangunan berhampiran Bank of England berikutan laporan tentang bau ganja yang kuat. Pegawai mengatakan bahawa ladang itu mungkin didirikan lantaran kurangnya keluar masuk orang ramai kesan dari perintah PKP.

Kota London, yang merupakan pangkalan bagi pasaran insurans komersial, bank, dan pengurus dana terbesar di dunia, telah sepi sejak Mac dengan kebanyakan pekerja diminta bekerja dari rumah. Semasa sidang dalam talian pada hari Rabu, Gabenor Bank of England Andrew Bailey mengatakan orang ramai kini akan membuat lelucon tentang apa yang telah dilakukan oleh kakitangan bank pusat, sambil menambah bahawa “kita sekarang akan menjadi subjek lelucon tanpa henti kerana sekarang kita tahu apa yang Bank of England telah buat.”

Anda boleh menonton video berbahasa Inggeris dari Reuters melalui pautan di bawah:

https://www.reuters.com/video/watch/id724593986