Breaking

CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Views: 110
0 0

Di sini kami kongsikan pandangan Citibank untuk matawang AUD/USD bagi minggu pertama 2021 dan sedikit analisa kami dari pasaran hadapan dan juga opsyen.

CitiFX:

 

Fundamental:

  • Pengumuman stimulus sebanyak $1.9 trillion oleh Presiden baru Amerika Syarikat Joe Biden dijangka akan memberi manfaat kepada matawang komoditi Aussie dan melemahkan Dollar.
  • Kenyataan Pengerusi Feds Jerome Powell sebelum ini, bahawa ekonomi AS masih jauh dari sasaran dan juga kenyataan bakal Pengerusi baru Janet Yellen bahawa Feds akan terus menyokong perkembangan ekonomi, dijangka akan terus menyokong Aussie.
  • Namun begitu, masih terdapat risiko bahawa harga komoditi besi dan tembaga sangat tergantung kepada permintaan dari China yang mungkin masih lemah untuk mencapai paras pra-pandemik.

Teknikal

  • Citibank melihat pasangan matawang AUD/USD “bearish” pada paras 0.7820 dan “bullish” pada paras 0.7516. Dengan kedudukan tukaran semasa, sekitar 0.7730 ketika artikel ini ditulis, masih ada sekitar 90 pips sebelum ia masuk menjual. Penjualan pada paras 0.7820 boleh menggunakan 10 pips di atas paras minor psikologi 0.7850, iaitu 0.7860, sekaligus memberikan risiko 40 pips. Sasaran pada 0.7520 memberikan pulangan 300 pips.
  • Ianya nampak menarik, namun masih ada risiko untuk kadar AUD/USD memecah paras 0.7860 dan memacu untuk menguji 0.7880 dan 0.7900 sekiranya stimulus baru AS diluluskan Senat.

Pasaran Hadapan

Melihat kepada order flow di pasaran hadapan, pasangan matawang ini sedang berada dalam fasa “consolidation” selepas spekulator mengalah dan berubah dari “net short” kepada “net long” pada minggu lepas dengan kedukukan $424 juta. Namun jumlah ini masih kecil berbanding Kiwi sebanyak $1.06 billion, lantaran kadar faedah NZD yang lebih tinggi dari AUD.

Pasaran Derivatif Opsyen

Minat hak belian di pasaran opsyen sehingga semalam, menunjukkan sokongan kukuh pada paras 0.7725 sehingga 0.7800 dan sedikit permintaan pada paras 0.7850; sekaligus memberikan gambaran bahawa AUD/USD berdepan dengan risiko kenaikan. Untuk jangka pendek, belian dengan stop loss di bawah 0.7720/00 boleh dilakukan dengan sasaran sekitar 0.7800/50 sementara menanti perubahan dinamik pasaran pada  paras 0.7820 di mana Citibank bercadang masuk menjual.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.