Breaking

Trump Bakal Dipecat, FBI Siasat Kes Rusuhan

Views: 282
0 0

Minggu lepas selepas kecoh para penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, memecah masuk ke dalam bangunan parlimen Capitol Hill; Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS memulakan siasatan atas kejadian yang telah menyebabkan kematian lima orang itu. Seorang wanita mati ditembak selepas cuba memecah masuk melalui pintu hadapan, tiga orang lagi mati selepas tidak medapat rawatan kecemasan dan seorang polis pengawal rusuhan telah mati selepas dibelasah para perusuh.

Kejadian 6 Januari yang mendapat kecaman seluruh dunia itu, kini telah menyebabkan Presiden AS kini dalam proses pemecatan, selepas “twit” beliau dilihat telah menggalakkan dan menyeru kepada tindakan ganas tersebut. Sehubungan dengan itu, Twitter pada Jumaat lalu, telah menyekat dan membatalkan akaun milik Presiden AS yang mempunyai 88 juta pengikut. Keputusan itu dibuat selepas Facebook memberikan pembatalan kekal ke atas akaunnya yang mempunyai 35 juta pengikut.

Dalam satu laporan terbaru, Twitter mengesahkan bahawa terdapat twit-twit tersebar dari para penyokong Trump yang menyeru kepada protes bersenjata pada 17 Januari hujung minggu ini. Dengan perlantikan rasmi Joe Biden sebagai Presiden AS yang baru pada 20 Januari nanti, kini para pegawai keselamatan dan pengawal kebangsaan telah dikerah untuk lebih bersedia dengan segala kemungkinan. FBI masih meneliti rakaman video pada hari tersebut dan cuba memberkas mereka yang terlibat.

Dalam satu laporan lain, FBI cawangan Norfolk diberitakan telah membuat laporan risikan awal sebelum kejadian pada 6 Januari itu, namun tidak diberikan perhatian oleh FBI pusat. Kini, dengan kemenangan Demokrat di Senat dan keputusan korporat perbankan AS yang terdiri dari JPMorgan dan Citibank yang menghentikan sumbangan politik kepada Parti Republikan; FBI semakin panas atas desakan pemimpin atasan. Anda boleh menonton sidang media FBI dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat di pautan CNN berikut: