Breaking

CreditSuisse: Pandangan Ekonomi 2021

Views: 59
0 0

Sebelum ini kami kongsikan pandangan tahunan Citibank untuk 2021. Kalau anda belum mendapatkan laporan penuh bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com. Nah, kali ini kami kongsikan pula pandangan ekonomi dari Credit Suisse, sebuah bank pelaburan terkemuka dari Switzerland. Seperti biasa, anda boleh gunakan email di atas untuk mendapatkan laporan penuh.

Yang menarik tentang CreditSuisse ini adalah laporan mereka yang lebih terkini dan selalu di semak semula bagi mengambil kira perubahan pasaran semasa. Jadi untuk laporan ekonomi ini, mereka hanya menggariskan tiga pandagan utama sahaja:

 

1. Ekonomi dunia dijangka berkembang kukuh, namun masih di bawah trend jangka panjang.

Pemulihan ekonomi dunia kali ini agak unik kerana ianya lebih mempengaruhi sektor perkhidmatan daripada sektor pembuatan, lantaran kesan dari penjarakan sosial. Penutupan restoran, gym, lapangan terbang dan pelbagai arena jualan dan perkhidmatan yang memerlukan ramai pengujung; menyebabkan keuntungan tidak dapat dimaksimakan dan pelbagai polisi baru terpaksa dirangka bagi menjana semula aktivit perniagaan.

Keadaan ini adalah sangat baru dan tidak pernah terjadi dalam sejarah, sekaligus menyukarkan rujukan untuk jangkaan. Ketidaktentuan pada tahun ini adalah mengenai berapa banyak sektor perkhidmatan yang akan kembali pulih dan walaupun vaksin dijangka berjaya pada hujung tahun; ianya masih suatu spekulasi, sekaligus menyebabkan jangkaan pemulihan berada di bawah trend jangka panjang.

2. Pembuat polisi kewangan dijangka mengekalkan stimulus buat sementara waktu.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang masih terumbang-ambing angkara virus korona, pembuat polisi kewangan dan bank pusat serta dunia dilihat akan meneruskan agenda dasar kewangan mudah untuk sementara waktu yang mungkin akan dipanjangkan. Malah, mereka dijangka akan terus menambah program ransangan untuk menjana semula ekonomi yang dilihat semakin malap.

Kemungkinan juga wujud untuk lebih banyak bank-bank pusat mula meneroka dasar kadar faedah negatif untuk memaksa penyimpan mengeluarkan dana mereka bagi berbelanja dan melabur untuk penjanaan semula aktiviti ekonomi. Bank-bank pusat dijangka akan lebih memberi keutamaan supaya ekonomi kembali ke dalam trend, berbanding kadar perkembangan ekomomi itu sendiri.

 

3. Kebangkitan semula sektor pilihan akan memberi kesan kepada pelabur dan memberikan persepsi kenaikan inflasi.

Beberapa sektor pilihan dijangka akan mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi dunia dan ini akan memberikan kesan kepada pelabur. Credit Suisse melihat sektor komunikasi, konsumer, tenaga, kewangan, kesihatan, perkilangan, bahan mentah dan teknologi maklumat sebagai sektor pilihan dan telah memilih 30 saham yang dijangka mampu memberikan pulangan terbaik kepada para pelabur.

Keadaan ini sekaligus dijangka akan menyebabkan kenaikan inflasi, dan walaupun ramai melihat ianya akan melepasi paras 2% dan mungkin mencapai paras ketika zaman Paul Volcker menjadi Pengerusi Federal Reserve; Credit Suisse melihat ianya hanya akan bersifat sementara dan kembali di bawah 2%, dan kenaikan inflasi ini akan lebih terkesan di pasaran saham lantaran dana yang lebih banyak digunakan untuk membuat pelaburan baru.

 

 

Nota:

Sekiranya anda berminat membaca laporan penuh dalam Bahasa Inggeris bolehlah berhubung dengan pengurus akaun anda di MFM Securities ataupun emel support@mfmsecurities.com.

About Post Author

RTC Team