Breaking

Apa Rahsia Kejayaan Renaissance Technologies?

Views: 82
0 0

Kepada pelabur-pelabur dalam pasaran kewangan, tentu pernah mendengar nama Renaissance Technologies atau RenTech atau juga Rentec, yang diketuai oleh Jim Simons. Prestasi “hedge fund” ini adalah yang terbaik dalam sejarah kewangan moden. Diasaskan pada tahun 1982 di Long Island, New York; ianya adalah dana persedirian yang memberikan pulangan purata 39% selepas fee pegurusan selama 30 tahun dari 1988 hingga 2018 melalui “Medallion Fund”. Kalau anda boleh buat prestasi sebegini memang hebatlah. Namun, sayangnya dana ini hanya terbuka untuk ahli keluarga dan pekerja sahaja ataupun melalui undangan syarikat.

Apakah rahsianya? Tentu semua nak tahu bukan? Tetapi dah nama pun rahsia, tentulah tidak ramai yang tahu. Jadi beberapa orang pengkaji telah cuba melihat kepada saham-saham pilihan “RenTech” dan melakukan “reverse engineering” untuk mengetahui faktor-faktor pemilihan pelaburan syarikat tersebut. Apa yang menyukarkan ialah Jim Simmons adalah seorang pakar matematik dan banyak menggunakan model komputer serta AI dalam menyenarai pendek saham dan aset yang hendak dibeli mahupun dijual.

Apa yang kurang diketahui ialah sebelum Jim Simmons menjadi pengurus dana yang hebat, beliau pernah memulakan pernigaan dalam bidang paip dan PVC. Perniagaan kecil itu akhirnya berjaya dan hasil keuntungan tersebut dilaburkan dalam pasaran kewangan. Apa yang menarik ketika itu ialah, oleh kerana beliau tidak pandai melabur, beliau telah mencari pakar pelaburan untuk melaburkan dananya. Selepas menyaksikan kejayaan pelaburan tersebut membuat 10 kali pulangan modal, beliau lebih berminat untuk mempelajarinya. Disitulah segalanya bermula.

Sebagai seorang pakar matematik, beliau melihat semuanya dalam nisbah angka dan model. Beliau juga tidak teragak-agak untuk mencari dan mengambil rakan niaga yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan. Di realtrader news, kami juga cuba buat begitu. Team kami terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam dunia perbankan dan pelaburan serta tahu dimana hendak mencari sumber untuk membantu kejayaan anda. Tahun baru 2021 ini, kami merancang berkongsi lebih banyak idea, ilmu pelaburan serta sumber untuk sajian minda anda. Anda boleh menonton video Dokumentari berbahasa Inggeris berkenaan RenTech melalui pautan di bawah. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

About Post Author

RTC Team