Breaking

Laporan Prestasi Saham Top 3 Pharmaseutikal & Jagaan Kesihatan

Views: 226
0 0

Daripada 10 saham pharmaseutikal kepada tiga saham sahaja dan hari ini kita akan lihat bagaimana prestasi tiga saham yang dipilih berdasarkan pulangan dividen tertinggi, nisbah “price-to-earning-to-growth” (PEG) terendah dan “weighted alpha” tertinggi tersebut; sekiranya belian dibuat pada 5 Ogos 2020 atau sama ada belian pada hari tersebut adalah wajar.

Pulangan Dividen Tertinggi – Abbvie (ABBV, NYSE)

ABBV menawarkan pulangan dividen tertinggi sekitar 5.01% dan pada 5/8 harga membuka pada $94.47, mencapai paras tertinggi $94.80 sebelum jatuh ke paras terendah $93.13 dan menutup pada $93.25.

Carta di atas jelas menunjukkan ABBV sedang dalam permulaan “downtrend” pada hari tersebut dan dengan tarikh ex-dividend yang telah pun berlalu pada 14 Julai, tiada sebarang pulangan dividen akan diterima. Sebarang belian pada hari tersebut sehingga 11 Ogos adalah “counter-trend” dan lebih sesuai untuk jangka pendek dan perlu ditutup pada 17 sehingga 19 Ogos untuk mengelakkan kerugian.

Pada harga semasa, sekitar $90.98 ketika artikel ini ditulis, sebarang belian juga adalah “counter-trend” yang bersifat jangka pendek dan perlu ditutup apabila harga menguji garisan merah “downtrend” atau EMA 50 hari sekitar $93.80/94.00. Apa yang lebih kurang berisiko adalah mengikuti trend jualan dan bersedia menjual pada paras harga tersebut.

Nisbah PEG Terendah – Abbvie (ABBV, NYSE)

ABBV, pada harga semasa, masih murah dengan nisbah 1.65 kali sahaja berbanding dengan Johnson & Johnson (3.27x) dan Pfizer (3.09x). REGN (lebih $500 sesaham) lebih murah dengan nisbah 2.04, namun saya memilih PFE atas faktor modal yang terhad. Pada 5/8 harga membuka pada $38.47, mencapai paras tertinggi $38.53 sebelum jatuh ke paras terendah $38.13 dan menutup pada $38.45.

Melihat kepada carta teknikal di atas, belian pada 5/8 adalah tidak wajar kerana harga telah pun mencapai paras rintangan dan lebih sesuai untuk jualan. Pada harga semasa, sekitar $36.33 ketika artikel ini ditulis, harga masih dalam “downtrend” dan lebih sesuai untuk jualan sehingga paras sokongan “uptrendline” sekitar $35/34.65 dimana belian boleh dipertimbangkan.

Weighted Alpha Tertinggi – Novavax (NVAX, Nasdaq)

Novavax adalah sebuah syarikat bioteknologi yang tertubuh pada tahun 1987 dan mendapat bidaan lantaran usahanya dalam mencari dan membangunkan vaksin virus korona; sama seperti Moderna, Pfizer, Merck dan beberapa lagi syarikat pharmaseutikal. Pada 5/8 harga membuka pada $182.00, mencapai paras tertinggi $189.40 sebelum jatuh ke paras terendah $165.11 dan menutup pada $173.49.

Melihat kepada carta teknikal di atas, belian pada 5/8 adalah tidak wajar kerana harga telah pun berkembang melebihi 261% dan mencapai paras rintangan serta lebih sesuai untuk jualan. Pada harga semasa, sekitar $88.55 ketika artikel ini ditulis, harga masih dalam “downtrend”, namun berada di atas garisan sokongan besar sekitar $86.20/86.00 dan lebih sesuai untuk belian.

Untuk mengurangkan risiko, adalah lebih wajar menunggu sehingga harga kembali di atas EMA 100 hari, sekitar $91.50, sebelum melakukan sebarang belian dengan $86 sebagai “stop loss” dan $113 sebagai sasaran untuk dagangan dengan nisbah “risk/reward” sebanyak 3.9R

Kesimpulan

Pemilihan saham-saham di atas hanyalah berdasarkan metriks pelaburan sahaja. Sesuatu pelaburan mestilah juga mengambil kira objektif, horizon pelaburan dan juga toleransi risiko seseorang pelabur. Anda juga dapat saksikan bahawa faktor fundamental bukanlah satu-satunya faktor dalam membuat keputusan untuk membeli mahupun menjual saham. Faktor teknikal dan sentimen masih perlu diambil kira untuk mengurangkan risiko kerugian.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Abdul H. Jaffar