Breaking

Laporan Prestasi Saham Top 3 Tenaga Masa Depan

Views: 219
0 0

Diam tak diam sudah lebih dua bulan semenjak kita melihat kepada 10 saham pilihan pengurus dana dalam industri tenaga masa depan. Daripada 10 saham, telah kita senarai pendekkan kepada tiga sahaja berdasarkan pulangan dividen tertinggi, nisbah “price-to-earning-to-growth” (PEG) terendah dan “weighted alpha” tertinggi. Hari ini mari kita lihat aspek teknikal pula, bagaimana prestasi 3 saham tersebut sekiranya belian dibuat pada 29 Julai 2020 atau sama ada belian pada hari tersebut adalah patut.

Pulangan Dividen Tertinggi – First Energy (FE, NYSE)

FE menawarkan pulangan dividen tertinggi sekitar 5.35% dan hari ini mari kita lihat aspek teknikal saham tersebut. Pada 29/7 harga membuka pada $29.41, mencapai paras tertinggi $29.73 sebelum jatuh ke paras terendah $28.42 dan menutup pada $28.64.

Carta di atas jelas menunjukkan FE masih dalam “downtrend” dan sekiranya anda membeli pada hari tersebut pada harga sekitar $28.50 untuk mendapatkan pulangan dividen yang dibayar semalam (1/9) sebanyak $0.39 anda telah pun mendapat pulangan sekitar 1.36% untuk sebulan.

Namun begitu, dengan harga semasa sekitar $28.26 portfolio anda masih kerugian sekitar 0.84% lantaran kejatuhan harga tersebut. Apapun, secara keseluruhan masih untung sebanyak 0.52% (1.36 – 0.84). Sekiranya anda masih berada di atas pagar, dan lebih berhati-hati, mungkin lebih baik tunggu sehingga harga memecah “downtrend” sebelum membeli.

Nisbah PEG Terendah – Sempra Energy (SRE, NYSE)

SRE membayar dividen sebanyak $1.05 sesaham pada 15 Julai lalu, sekaligus memberikan pulangan tahunan 3.35% sekiranya anda membeli pada harga $125. Untuk sebulan pulangan hanya sekitar 0.84% sahaja dan dengan harga semasa sekitar $122.25 anda kini kerugian 2.2%. Secara keseluruhan anda rugi 1.36% (2.2 – 0.84).

Bukanlah satu pelaburan yang baik, namun dividen bukanlah satu-satunya faktor pemilihan dalam pelaburan. Dengan nisbah PEG yang lebih rendah pada harga semasa, 2.21 berbanding 2.27, dan pulangan dividen tahunan yang lebih tinggi, 3.42% berbanding 3.35%, ianya mungkin menjadi pilihan bagi mereka yang mampu.

Melihat kepada carta teknikal, harga kini berada dalam “sideways” selepas melonjak pada pertengahan Mac lepas dan sedang dalam perjalanan menguji kawasan “pullback” dimana sokongan kukuh dilihat pada $116.

Weighted Alpha Tertinggi – Plug Power (PLUG, Nasdaq)

PLUG adalah antara saham yang mendapat tempias dari kegilaan pelabur meletakkan modal dan harapan terhadap industri pemotoran masa depan yang dijangka lebih banyak dipacu oleh elektrik dan tenaga hijau berbanding petrol. Pada 29/7 harga membuka pada $8.11, mencapai paras tertinggi $8.28 sebelum jatuh ke paras terendah $7.97 dan menutup pada $8.19.

Harga jelas berada dalam “uptrend” dan kejatuhan sepanjang bulan Julai hanyalah satu “pullback” kerana harga masih bertahan diatas “moving average” 50, 100, dan 200 hari. Sekiranya anda membeli pada 29/7 sekitar $8.20, hari ini pada harga semasa sekitar $14.13 anda telah mengaut keuntungan sekitar 72.31%!

Kesimpulan

Pemilihan saham-saham di atas hanyalah berdasarkan metriks pelaburan sahaja. Sesuatu pelaburan mestilah juga mengambil kira objektif, horizon pelaburan dan juga toleransi risiko seseorang pelabur. Seorang pelabur yang lebih berhati-hati sudah tentunya takut melihat saham PLUG yang memacu naik hanya kerana sentimen semasa tanpa sebarang faktor “fundamental” dan laporan kewangan syarikat yang kukuh.

Apapun sekiranya anda telah memasuki pasaran dan membuat belian pada 29/7 untuk tiga saham tersebut, pulangan anda sehingga kini (2/9) adalah sekitar 71.47%

First Energy (FE, NYSE) +0.52%

Sempra Energy (SRE, NYSE) -1.36%

Plug Power (PLUG, Nasdaq) +72.31%

Dengan izin Tuhan, kita akan terus pantau tiga saham ini sehingga hujung tahun.

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan [email protected]

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Abdul H. Jaffar