Breaking

10 Saham Tema & Krypto Pilihan Pengurus Dana Untuk Anda Nilai

Views: 23
0 0

Diam tak diam sudah empat minggu kita kupaskan tema pelaburan popular dikalangan para pengurus dana, dan tema terakhir ini memang futuristik – Blockchain, Krypto dan Sekuriti Siber. 40 saham sudah dalam radar dan kali ini 10 lagi, menjadikanya 50 saham. Banyak tu untuk dipilih dan dibuat penilaian. Bergantung kepada modal anda, sebenarnya tak perlu pun sebanyak itu untuk membentuk satu portfolio peribadi. Tetapi sekurang-kurangnya ada banyak calon untuk dipilih.

Kalau cerita fasal krypto, tak dapat tidak kita mesti ingat akan bitcoin. Matawang siber yang digunakan untuk pelbagai transaksi. Sekitar pertengahan 2010, tiga tahun sebelum Liberty Reserve ditutup (kalau anda masih ingat LR); bitcoin (BTC) telah tercipta untuk memerangi kezaliman kartel perbankan. Matawang fiat yang dicetak tanpa sebarang sandaran nilai dan tanpa had menyebabkan inflasi tidak terkawal, seperti apa yang berlaku di Zimbabwe; sekaligus menyebabkan kuasa pembeli dan penyimpan terhakis.

Apa yang zalim ialah bila bank bermasalah, pembayar cukai yang menjadi mangsa. Maka sekumpulan pengaturcara komputer telah bekerjasama untuk menzahirkan matawang internet dengan teknologi yang lebih telus dan semestinya ini memerlukan keselamatan tinggi supaya skandal kehilangan matawang seperti apa yang berlaku di bursa Binance tidak berulang.

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam matawang krypto, ada lima pilihan yang popular dan lebih terjamin lantaran terdapat sokongan Bursa seperti CME dan SIX:

  1. Bitcoin (BTC, BCH) – bitcoin.org
  2. Ethereum (ETH) – ethereum.org
  3. Tether (USDT) – tether.to
  4. Ripple (XRP) – ripple.com
  5. Cardano (ADA) – cardanofoundation.org

Anda boleh baca di laman sesawang mereka untuk maklumat lebih lanjut. Untuk saham-saham yang berkaitan blockchain dan sekuriti siber pula, ada lebih 50 syarikat awam di bursa serata dunia, sekitar 20 menjadi pilihan pengurusa dana; dan disini saya kongsikan 10 yang mendapat agihan modal tertinggi pada hari ini:

  1. Advanced Micro Devices (AMD, Nasdaq)
  2. Microsoft (MSFT, Nasdaq)
  3. Nvidia (NVDA, Nasdaq)
  4. Square (SQ, NYSE)
  5. Cisco System (CSCO, Nasdaq)
  6. Intel Corp (INTC, Nasdaq)
  7. Micron Technology (MU, Nasdaq)
  8. Crowdstrike Holdings (CRWD, Nasdaq)
  9. Raytheon Technologies (RTX, NYSE)
  10. Palo Alto Networks (PANW, NYSE )

Memandangkan industri ini ada terkait dengan pengkomputeran, maka tidak hairan jika ada syarikat dalam senarai ini juga terdapat dalam tema revolusi 5G, AI dan Robotik.

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dan “watchlist” terkini, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Abdul H. Jaffar