Breaking

Bila Dealer “Kill The Orders!”

Views: 150
0 0

Trader mana tak pernah MC dan pelabur mana tak pernah rugi? Persoalannya ialah berapa besar kerugian, sama ada ianya berterusan dan berapa lama; atau ianya menyebabkan anda terpaksa gulung tikar dan tutup kedai. Hari ini seorang rakan CIO (Chief Investment Officer) menyesal kerana terlepas peluang mengaut keuntungan besar selepas membuat keputusan untuk menutup dagangannya lebih awal. Huhuhu. Itupun satu cerita lagi.

Kalau anda masih ingat, sekitar hujung Februari lalu, berapa ramai yang menjual USD/JPY dan nilainya terus meningkat dan ramai yang MC sebelum akhirnya ia merudum lebih 1,000 pips? Anda tentu nak tahu mengapa jadi begitu bukan?

“Well”, apa yang berlaku bila pasaran terlalu “congested” dengan sesuatu order, sama ada “short” atau “long”; dealer akan membida (bid) lebih tinggi (bila pasaran “net short”) atau menawarkan (offer) lebih rendah (bila pasaran “net long”) untuk mengelakkan kerugian besar. Perlu diingat “trading” melibatkan transaksi dua hala, dimana satu pihak membeli dan satu lagi menjual. Dengan kata lain, sekiranya harga meningkat, si penjual akan rugi dan si pembeli akan untung dan begitu juga sebaliknya bila harga jatuh.

Jadi sebagai dealer/market maker, mereka boleh memanipulasi platform mereka untuk mengawal/meminimakan kerugian sekiranya order sesuatu aset itu terlalu besar dan mereka menjangkakan ia akan menguntungkan trader dan mereka akan rugi besar. Broker akan “kill the order” dengan membida/menawarkan lebih tinggi/rendah sehingga ia akan mengambil order “stoploss” (“stoploss” pun adalah suatu order) dan kerugian mereka terkawal/minima.

Apa yang mereka akan lakukan seterusnya ialah memulangkan modal trader yang kerugian, sebagai tanda “goodwill”; sedangkan bila anda semak dengan broker/bursa lain, nilai bidaan/tawaran tersebut tiada dalam pasaran! Dengan kaedah ini, mereka boleh mengekalkan pelanggan dan mengelakkan dari membayar keuntungan yang lebih besar kepada trader dan mengawal kerugian mereka.┬áSemoga artikel ini membuka minda pelaburan dan dagangan anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

About Post Author

Abdul H. Jaffar