Breaking

Laporan Sentimen Mingguan

Views: 132
0 0

Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu pertama, 2020 yang lepas.

Jumaat, 3 Januari 2020:

BUY JPY USD CAD CHF EUR NZD AUD GBP SELL

Khamis, 2 Januari 2020:

BUY JPY CAD USD CHF EUR NZD AUD GBP SELL

Rabu, 1 Januari 2020:

BUY N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A SELL

Selasa, 31 Disember 2019:

BUY N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A SELL

Isnin, 30 Disember 2019:

BUY N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A SELL

 

Ulasan Mingguan

Kekurangan data untuk mengukur sentimen pasaran lantaran cuti Tahun Baru 2020 yang datang selepas cuti Hari Natal menyukarkan usaha untuk mendapatkan bacaan sentimen pasaran yang tepat lantaran pemain pasaran yang kebanyakannya bercuti. Oleh itu, tiada ulasan lanjut untuk sentimen minggu pertama 2020.

Apa yang boelh diperkatakan secara umum adalah pasaran sedikit terkejut dengan serangan Amerika Syarikat ke atas Iran dan pasaran saham memberikan reaksi yang lewat. Indeks utama saham masih memacu naik pada 2 dan 3 Januari sedangkan serangan tersebut berlaku pada 27 Disember dan hanya dilaporkan oleh media pada 29 Disember.

Namun begitu, Isnin semalam menyaksikan rata-rata pasaran saham utama melonjak semula lantaran kebanyakan pemain tidak melihat Iran untuk membalas serangan tersebut. Harga minyak mentah melonjak menguji sekitar paras $64.80 sebelum menutup lebih rendah sekitar $63.25 dan emas pula membuka dengan “gap-up” semalam sebelum turun menguji sekitar paras $1,555 pada hari ini.

Pasaran masih menantikan reaksi Iran sebelum membuat sebarang percaturan baru.

 

Ulasan Matawang Utama

***Dengan pasaran yang bercuti Tahun Baru pada minggu lepas, sentimen pasaran tidak dapat ditentukan dengan jelas dan lebih terarah kepada bercampur-campur. Oleh itu tiada ulasan lanjut melainkan hanya laporan komitmen trader sahaja yang diberikan.***

EUR/USD:

Laporan komitmen trader sehingga 31 Disember, menunjukkan net volume jualan EUR terus bertambah daripada 72,943 kepada 74,345 kontrak dengan nilai $10.42 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran.

 

GBP/USD:

Laporan komitmen trader sehingga 31 Disember menunjukkan net volume belian GBP bertambah daripada 8,697 kepada 12,393 kontrak dengan nilai $1.027 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank  dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

AUD/USD:

Laporan komitmen trader sehingga 31 Disember menunjukkan net volume jualan AUD terus berkurang daripada 46,164 kepada 38,339 kontrak dengan nilai $2.692 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/JPY:

Laporan komitmen trader sehingga 31 Disember menunjukkan net volume jualan JPY terus berkurang daripada 33,542 kepada 25,302 dengan nilai $2.912 bilion. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank masih aktif; sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF:

Laporan komitmen trader sehingga 31 Disember menunjukkan net volume jualan CHF terus berkurang daripada 9,679 kepada 5,725 kontrak dengan nilai $740 juta sahaja. CHF dijangka terus mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran terus hambar.

 

USD/CAD:

Laporan komitmen trader sehingga 31 Disember menunjukkan net volume belian CAD kembali bertambah daripada 8,497 kepada 11,913 kontrak dengan nilai $917 juta. Sehingga Jumaat lepas, Citibank dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini

About Post Author

Abdul H. Jaffar