Minggu lepas, minggu ke-31, kita telah lihat tiga saham top dalam industri tenaga boleh diperbaharui, yang boleh dipertimbangkan untuk pelaburan masa depan. Kali ini kita akan lihat pula saham-saham pharmaseutikal dan jagaan kesihatan yang telah tersenarai pendek pada minggu ke-27; untuk kita lihat top 3 berdasarkan pulangan dividen tertinggi, nisbah “price-to-earning-to-growth” (PEG) terendah dan “weighted alpha” tertinggi. Sekali lagi saya ingatkan pemilihan ini tidak melihat kepada objektif, horizon pelaburan dan toleransi risiko anda.

Sumber: Barchart

Berdasarkan agihan modal pada hari ini, hanya Moderna (MRNA) yang masih menduduki tangga tiga teratas berbanding pada 4 minggu lalu. Mari kita lihat saham manakah yang top berdasarkan metriks-metriks berikut:

Pulangan Dividen Tertinggi – Abbvie (ABBV, NYSE)

Dengan pengumuman pembayaran dividen sebanyak $1.18 sesaham pada 17 Jun lalu, pada harga semasa sekitar $95, ABBV menawarkan pulangan dividen tertinggi sekitar 5.01%. Namun, tarikh Ex-Dividend bagi saham ini ialah pada 14 Julai lalu, jadi sekiranya anda membeli pada hari ini (5/8) anda tidak layak untuk menerima dividen tersebut. Pembayaran akan dibuat pada 14 Ogos. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 31 Mac 2020:

Nisbah PEG Terendah – Abbvie (ABBV, NYSE)

Dengan kebanyakan syarikat pharmaseutikal yang masih dalam kerugian, hanya lima sahaja yang dapat dikira jangkaan peningkatan pendapatan (earnings growth). ABBV, pada harga semasa, masih murah dengan nisbah 1.65 kali sahaja berbanding dengan Johnson & Johnson (3.27x) dan Pfizer (3.09x). ABBV juga memerlukan modal lebih rendah dari JNJ serta memberikan pulangan dividen yang lebih baik.

Jadi tidak hairan jika nisbah pegangan institusi akan bertambah pada suatu ketika nanti. Sekiranya modal terhad, PFE merupakan pilihan yang baik dengan pulangan dividen yang lebih tinggi dan nisbah PEG yang lebih rendah dari JNJ. Namun, dengan beta yang sedikit tinggi, 0.74 berbanding 0.68, walaupun masih di bawah 1. ABBV mempunyai beta 0.83

Weighted Alpha Tertinggi – Novavax (NVAX, Nasdaq)

Novavax adalah sebuah syarikat bioteknologi yang tertubuh pada tahun 1987 dan mendapat bidaan lantaran usahanya dalam mencari dan membangunkan vaksin virus korona; sama seperti Moderna, Pfizer, Merck dan beberapa lagi syarikat pharmaseutikal. Syarikat yang berjaya dalam ujian klinikal mereka dan mendapat kelulusan FDA Amerika Syarikat dijangka akan menjana pendapatan yang lumayan.

Pada harga semasa, sekitar $172.80, syarikat pelaburan Ladenburg Thalmann telah menurunkan tarafannya dari “neutral” kepada “sell”. Namun begitu, bank pelaburan JP Morgan menaikkan tarafannya dari “neutral” kepada “overweight”. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 31 Mac 2020:

Untuk Top 3, bolehlah kita senarai kan ABBV, NVAX, dan PFE. Dengan izin Tuhan, empat ke lima minggu lagi kita lihat pula prestasi saham-saham tersebut sekiranya belian dibuat pada hari ini (5/8).

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang cuba dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.