Pada minggu ke-26 yang lalu, saya telah kongsikan dengan anda 10 saham tenaga boleh dibaharui yang menjadi pilihan para pengurus dana. Hari ini mari kita tengok dimana kedudukan saham-saham tersebut berdasarkan agihan modal tertinggi pada hari ini.

Sumber: Barchart

Seperti yang dapat anda saksikan, kedudukan Top 5 berdasarkan agihan modal (PriceVolume) telah pun berubah. Jadi bagaimana anda mahu memilih saham-saham mana untuk dibeli? Pertamanya, ia bergantung kepada objektif, horizon pelaburan dan toleransi risiko anda. Pemilihan saham bukanlah semudah membeli ikan di pasar. Beli ikan pun kadang-kadang susah bukan?

Jadi hari ini, saya hanya kongsikan tiga kaedah dalam pemilihan saham (tanpa melihat kepada objektif, horizon pelaburan dan toleransi risiko anda) iaitu pulangan dividen tertinggi, nisbah “price-to-earning-to-growth” (PEG) terendah dan “weighted alpha” tertinggi. Anda bolehlah “google” untuk bacaan lanjut dan memahami metriks-metriks tersebut.

Pulangan Dividen Tertinggi – First Energy (FE, NYSE)

Dengan pengumuman pembayaran dividen sebanyak $0.39 sesaham pada 21 Julai lalu, pada harga semasa sekitar $29, FE menawarkan pulangan dividen tertinggi sekitar 5.35%. Tarikh Ex-Dividend bagi saham ini ialah pada 6 Ogos, jadi sekiranya anda membeli pada hari ini (29/7) anda layak untuk menerima dividen tersebut. Pembayaran akan dibuat pada 1 September. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 31 Mac 2020:

Nisbah PEG Terendah – Sempra Energy (SRE, NYSE)

Pada harga semasa sekitar $125 sesaham, SRE dengan nisbah 2.27, masih murah berdasarkan jangkaan peningkatan pendapatan (earnings growth). Ia juga membayar dividen sebanyak $1.05 sesaham pada 15 Julai lalu, sekaligus memberikan pulangan 3.35%. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 31 Mac 2020:

Weighted Alpha Tertinggi – Plug Power (PLUG, Nasdaq)

PLUG adalah antara saham yang mendapat tempias dari kegilaan pelabur meletakkan modal dan harapan terhadap industri pemotoran masa depan yang dijangka lebih banyak dipacu oleh elektrik dan tenaga hijau berbanding petrol. Ianya masih dibida walaupun laporan kewangan sepanjang tiga suku yang lepas, semuanya melaporkan kerugian yang lebih banyak dari jangkaan.

Ianya lebih mirip saham spekulasi, namun bank besar seperti Morgan Stanley telah pun meletakkan modal dengan diketuai oleh BlackRock. Berikut adalah senarai Top 10 Pegangan Institusi sehingga 31 Mac 2020:

Dengan izin Tuhan, empat ke lima minggu lagi kita lihat pula prestasi saham-saham diatas sekiranya belian dibuat pada hari ini (29/7).

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.