Pandemik Korona terus menjadi igauan banyak syarikat-syarikat yang bergantung kepada belian di luar talian untuk menjana keuntungan. Ini sekaligus memberikan kelebihan kepada jualan atas talian dan laporan terbaru hari ini menyebut bahawa Alphabet Inc, konglomerat yang menguasai Google, akan meneruskan polisi “work-from-home” sehingga Jun tahun depan. Langkah ini dijangka akan diikuti oleh syarikat IT yang lain; lantaran ianya dilihat boleh mengurangkan kos.

Ketika pasaran saham AS menutup selepas “extended hours” hari ini, sektor IT, bahan asas dan hartanah dalam indeks S&P500 menutup tinggi di samping produk konsumer dan perkhidmatan telekomunikasi. Dalam pada itu, saham-saham syarikat teknologi, pharmaseutikal, bioteknologi dan aset “safe-haven” terus mendapat permintaan tinggi.

Para pelabur dilihat menggunakan kejatuhan harga sebagai peluang untuk masuk membeli saham-saham “bluechips” seperti Advanced Micro Devices (AMD), Intel (INTC), General Electric (GE) dan AT&T (T) di samping mencekup saham-saham pharmaseutikal dan bioteknologi berpotensi seperti Medicinova (MNOV), Moderna (MRNA), Pfizer (PFE) dan Ocugen (OCGN).

Berikut adalah senarai sektor-sektor dan saham-saham yang mendapat tarafan tertinggi dari Refinitiv, sebuah syarikat pembekal dan infrastruktur data pasaran kewangan dunia, hari ini:Sumber: Refinitiv

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi “beta testers”, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.