Pasaran saham global rata-rata menutup kukuh pada Isnin, apabila ujian percubaan awal vaksin korona menunjukkan bahawa ianya mempunyai potensi untuk dikomersilkan pada hujung tahun ini. Saham-saham syarikat bioteknologi dan pharmaseutikal terus mendapat bidaan para pelabur. Data pasaran juga menunjukkan penglibatan yang lebih aktif dari pelabur runcit berbanding sebelum ini. Saham-saham murah dan berpotensi terus mendapat perhatian utama.

Dalam pada itu, parlimen Eropah diberitakan hampir mencapai kata sepakat dalam meluluskan rancangan ransangan ekonomi sebanyak €750 bilion bagi membantu negara-negara anggota yang terjejas teruk dengan virus korona yang telah memakan lebih 1/2 juta nyawa sehingga kini. Matawang Kesatuan Eropah, Euro, terus memacu naik dan menutup lebih tinggi sekitar $1.1457.

Namun begitu, para pelabur dilihat terus mengambil sikap berhati-hati dengan pembelian logam berharga emas dan perak. Perak memecah lebih $20/oz buat pertama kalinya selepas lebih 4 tahun. Pasaran dijangka terus mendapat sokongan bank pusat yang mahu mengelak dari kemelesatan ekonomi yang lebih teruk. Kepada anda yang mengikuti dagangan UBS dalam membeli Euro, bolehlah menaikkan “stop loss” kepada 1.1370.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.