Berikut adalah laporan prestasi dagangan matawang pilihan UBS sepanjang enam bulan yang lalu. Laporan ini hanya meliputi matawang GBP/USD, EUR/USD, USD/JPY dan USD/CAD sahaja. Ianya bukan laporan keseluruhan dagangan matawang bank tersebut yang meliputi pasangan matawang lain serta lain-lain dagangan ekuiti, komoditi dan bon yang telah diambil atau masih aktif.

DATE GBP/USD EUR/USD USD/JPY USD/CAD TOTAL
2/1 0 30 0 -40 -10
9/1 0 0 0 0 0
16/1 0 0 -50 0 -50
23/1 0 15 0 100 115
30/1 95 -40 0 0 55
6/2 0 0 -30 0 -30
13/2 0 0 0 0 0
20/2 0 0 -40 0 -40
27/2 0 0 0 0 0
5/3 0 0 0 0 0
20/3 530 0 0 0 530
26/3 0 0 0 0 0
2/4 750 0 0 0 750
9/4 0 0 0 0 0
16/4 -120 0 0 0 -120
23/4 0 20 0 0 20
30/4 -40 0 -50 -50 -140
7/5 0 -40 0 0 -40
14/5 0 0 0 0 0
28/5 0 0 0 150 150
4/6 0 470 200 0 670
11/6 0 0 0 0 0
18/6 0 0 0 0 0
25/6 0 0 0 0 0
2/7 250 0 0 0 250
9/7 0 40 0 0 40
1,465 495 30 160 2,150

***UBS masih mempunyai dagangan aktif belian EUR/USD (+40) untuk minggu ini (9/7)

Pemerhatian & Pengajaran:

  1. Untung rugi adat perniagaan. Namun, sekiranya rugi biarlah terkawal dan secara keseluruhannya masih untung. Untuk itu adalah penting membiarkan dagangan yang menguntungkan terus berjalan menuju sasaran. Kata orang putih “Let the profits run“.
  2. Keuntungan adalah sebahagian dari proses perniagaan dan yang lebih penting lagi apakah perniagaan tersebut akan terus untung atau akan rugi untuk suatu tempoh masa yang tertentu. Oleh itu, perlulah mempunyai horizon dan instrumen pelaburan yang selari dan realistik dengan objektif pelaburan tersebut.
  3. Perniagaan bukanlah seperti pekerjaan yang menawarkan keselamatan gaji. Dalam perniagaan, kerja pun boleh rugi; kalau tak kerja lagi rugi. Namun, ianya menawarkan peluang pendapatan tidak terhad dengan risiko kerugian yang boleh dikawal atau kerugian maksima kehabisan modal.

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan UBS Global Risk Radar dalam bahasa Inggeris, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.