Dua industri masa depan telah kita kupas – tenaga boleh dibaharui dan jagaan kesihataan/pharmaseutikal – dan kini kita akan kupas satu lagi industri yang merupakan antara lima tema popular dikalangan para pengurus dana; iaitu pertanian dan perlombongan. Ha? Agak terkejut bukan, kerana pertanian dan perlombongan ini agak klasik dan tak nampak gah macam robotik, AI dan 5G. Tetapi ianya memang antara industri yang dijangka akan terus menerajui masa depan.

Yalah, kalau kita fikir-fikir balik; makanan datang dari pertanian dan perlombongan membantu mengeluarkan segala khazanah bumi untuk keperluan industri seperti bijih besi, tembaga, emas, perak dan pelbagai lagi. Kaedahnya mungkin berubah selari dengan perkembangan zaman, tapi ianya tetap industri pilihan. Ada lebih 50 syarikat awam berkaitan pertanian dan perlombongan di bursa saham serata dunia, dan hanya sekitar 20 menjadi pilihan popular para pengurus dana. Hari ini saya kongsikan 10 saham dalam dua industri ini untuk anda boleh buat penilaian lanjut:

  1. Newmont Mining (NEM, NYSE)
  2. Barrick Gold (GOLD, NYSE)
  3. Freeport-McMoran (FCX, NYSE)
  4. Silver Standard Resources (SSRM, Nasdaq)
  5. Kirkland Lake (KL, NYSE)
  6. Deere & Co (DE, NYSE)
  7. Corteva (CTVA, NYSE)
  8. Mosaic (MOS, NYSE)
  9. Archer Daniels Midland (ADM, NYSE)
  10. CF Industries (CF, NYSE )

Senarai di atas hanya berdasarkan agihan modal tertinggi pada hari ini sahaja. Ianya tidak termasuk nisbah pegangan institusi, nilai aset sebenar dan sebarang kriteria lain dalam pemilihan saham.

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dan “watchlist” terkini, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.