Berikut adalah laporan prestasi dagangan matawang pilihan Citibank sepanjang enam bulan yang lalu. Laporan ini hanya meliputi matawang GBP/USD, AUD/USD, USD/JPY dan USD/CAD sahaja. Ianya bukan laporan keseluruhan dagangan matawang bank tersebut yang meliputi pasangan matawang lain serta lain-lain dagangan ekuiti, komoditi dan bon yang telah diambil atau masih aktif.

WEEK GBP/USD USD/JPY AUD/USD USD/CAD TOTAL
1 0 0 0 0 0
2 0 0 0 0 0
3 0 0 0 0 0
4 0 0 0 0 0
5 0 0 -60 0 -60
6 0 0 0 250 250
7 -45 0 0 0 -45
8 35 -50 0 30 15
9 0 0 -40 0 -40
10 0 0 0 -70 -70
11 0 0 0 0 0
12 0 0 0 -50 -50
13 -65 -130 -250 0 -445
14 0 0 0 0 0
15 0 0 0 0 0
16 -50 0 -100 0 -150
17 0 0 0 0 0
18 0 0 0 60 60
19 0 0 0 0 0
20 -50 0 -50 0 -100
21 -80 0 0 0 -80
22 0 0 0 100 100
23 0 5 -100 0 -95
24 -200 0 0 0 -200
25 0 0 0 250 250
26 0 0 0 0 0
27 0 0 0 0 0
28 85 0 0 0 85
-370 -175 -600 570 -575

***CitiFX masih mempunyai dagangan aktif belian GBP/USD (+85) dan jualan USD/JPY (be) untuk minggu ini (28).

Pemerhatian & Pengajaran:

  1. Bank pun rugi, dan malah ada yang telah menutup operasi seperti Lehman Brothers, Barings dan banyak lagi. Ini menunjukkan dagangan matawang dan instrumen kewangan secara keseluruhannya bukanlah mudah. Oleh itu adalah kritikal untuk kerugian dikawal.
  2. Kerugian adalah sebahagian dari proses perniagaan dan yang lebih penting lagi apakah perniagaan tersebut akan terus rugi atau akan bangkit kembali untuk suatu tempoh masa yang tertentu. Oleh itu, perlulah mempunyai horizon dan instrumen pelaburan yang selari dan realistik dengan objektif pelaburan tersebut.
  3. Perniagaan bukanlah seperti pekerjaan yang menawarkan keselamatan gaji. Dalam perniagaan, kerja pun boleh rugi; kalau tak kerja lagi rugi. Namun, ianya menawarkan peluang pendapatan tidak terhad dengan risiko kerugian yang boleh dikawal atau kerugian maksima kehabisan modal.

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan Citigold Midyear Outlook dalam bahasa Inggeris, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.