Minggu lepas terus menyaksikan spekulator menjual Dolar AS secara besar-besaran dengan jumlah jualan terkumpul lebih $17 bilion dan penerima belian utama adalah emas, Yen, Dolar Kanada, Euro, Kiwi dan Aussie. Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya ialah jumlah “net short” USD ini menghampiri jumlah “net long” pada February lalu. Dengan kata lain, terdapat scenario yang menunjukkan major dealer kini hampir flat dalam Dolar, atau sedikit “net long”.

Dealer akan sentiasa membeli lebih murah dan menjual lebih mahal, atau membeli mahal dan menjual lebih mahal; walaupun lebih mahal itu hanya sekitar 10 pips, kerana dengan transaksi yang berpuluh bilion sehari, 10 pips itu boleh menjadi berpuluh juta untungnya! Apapun, dealer tidak akan mahu rugi dan sanggup memanipulasi pasaran untuk mengelakkan kerugian.

Laporan mingguan dari JP Morgan (JPM) juga menunjukkan bank besar tersebut masih mengekalkan strateginya pada minggu lepas dengan sedikit perubahan pada jualan baru nota dan bon kerajaan United Kingdom untuk terma satu dan 10 tahun. JPM juga telah menutup belian bon 5 tahun kerajaan Amerika Syarikat. Dengan keadaan semasa, saya melihat besar kemungkinan untuk Dolar terus melemah dalam masa terdekat, sebelum mengukuh semula menjelang suku ke-empat tahun ini.

Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan lanjut dalam bahasa Inggeris, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.