Minggu lepas saya telah kongsikan lima tema pelaburan dan industri yang popular dikalangan pengurus dana. (Baca disini) Minggu ini, Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berkongsi 10 saham dalam industri pilihan iaitu – Tenaga boleh dibaharui, atau dipanggil “renewable energy” dan juga popular dengan nama “sustainable energy“. Dengan perubahan iklim dunia, pelabur melihat potensi besar dalam industri ini untuk masa depan.

Namun begitu, kerana industri ini masih agak baru; maka kadar kegagalan sedikit tinggi terutamanya dengan syarikat-syarikat yang baru diapungkan dan masih belum stabil aliran tunainya. Walaupun begitu, terdapat syarikat-syarikat tenaga yang telah pun bertapak lama dan telah mengorak langkah dalam menerokai industri ini. Terdapat lebih 80 syarikat awam di pelbagai bursa serata dunia, dan hanya sekitar 30 menjadi pilihan para pengurus dana. Di sini saya hanya kongsikan 10 yang mendapat agihan modal tertinggi pada hari ini:

  1. Plug Power (PLUG, Nasdaq)
  2. NextEra Energy (NEE, NYSE)
  3. Dominion Energy (D, NYSE)
  4. Enphase Energy (ENPH, Nasdaq)
  5. Sempra Energy (SRE, NYSE)
  6. Exelon Corp (EXC, Nasdaq)
  7. FirstEnergy (FE, NYSE)
  8. SolarEdge Technology (SEDG, Nasdaq)
  9. Entergy (ETR, NYSE)
  10. Ameren (AEE, NYSE)

Senarai di atas hanya berdasarkan agihan modal tertinggi pada hari ini sahaja. Ianya tidak termasuk nisbah pegangan institusi, nilai aset sebenar dan sebarang kriteria lain dalam pemilihan saham.

 

NOTA:

Artikel ini adalah sebahagian dari artikel percubaan khas untuk pelanggan VIP Mocaz dan MFM Securities yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk membaca laporan penuh dalam bahasa Inggeris dan “watchlist” terkini, bolehlah berhubung dengan support@mfmsecurities.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.