Apa perasaan anda bila melihat akaun yang awalnya “floating profit” kini menjadi “floating loss”? Dan tentu tambah panik lagi apabila melihat keesokkan harinya baki yang tinggal hanyalah 20% daripada modal asal, kerana 80% lagi telah hangus akibat “margin call” dan seterusnya “stop out”. Itulah yang berlaku kepada ramai pelabur runcit pada hari Isnin dan Selasa, apabila sentimen pasaran yang menutup dengan pesimis pada hari Jumaat minggu lepas; membuka dengan optimis pada hari Isnin.

Selasa menjadi hari yang paling sibuk melayan karenah pelanggan yang mahukan kepastian sama ada akaun mereka akan bertahan atau terpaksa “top-up” modal untuk mengelakkan kerugian besar. Apa yang boleh saya katakan ialah:

  1. Berdagang dan melabur hanya dengan modal yang anda tidak kisah untuk hangus
  2. Kenaikan matawang utama komoditi AUD, NZD, CAD hanyalah bersifat sementara.
  3. Melihat kepada carta 4 jam AUD/NZD sejak Jumaat, ianya “flat” dan ini menunjukkan rebalancing sedang berlaku.
  4. Kejatuhan USD/CAD yang menyebabkan kenaikan AUD/USD dan NZD/USD, dan kemudiannya kejatuhan AUD/CAD dan NZD/CAD; menunjukkan CAD dijadikan matawang sokongan.
  5. Melihat kepada carta harian EUR/NZD, ianya dalam jangkaan membentuk formasi 5-3-5 yang membawa maksud kepada kelemahan NZD dan kekuatan EUR.
  6. Apa yang bakal berlaku, selalunya, ialah AUD/USD dan NZD/USD akan jatuh lebih cepat dari EUR/USD; sekaligus melonjakkan EUR/NZD dan EUR/AUD.

Rancangan Dagangan

  1. Jangan panik, terus tenang dengan rancangan dagangan sedia ada
  2. Pastikan modal yang cukup untuk had risiko yang diambil
  3. Sekiranya sudah “stop-out”, jangan putus asa dan cuba lagi

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.