JP Morgan, sebuah bank pelaburan terkemuka Amerika Syarikat, hari ini menyenaraikan lebih 100 saham “small cap” yang dilihat dibawah nilai dan mempunyai potensi untuk berkembang lebih pantas dari syarikat se-rakan dan sektor mereka. Saya hanya memilih 7 sahaja atas faktor P/E yang masih positif untuk dibuat kajian lanjut:

Saham-saham di atas tersenarai kerana mempunyai nisbah harga/pendapatan (P/E) yang rendah dan masih positif. Isu virus korona menyebabkan banyak syarikat melaporkan kerugian atau pendapatan negatif; sekaligus menyebabkan nisbah P/E di bawah sifar. Ini tidaklah bermakna syarikat tersebut tidak bernilai. Tetapi pelbagai faktor fundamental lain perlu diambil kira sebelum membuat keputusan belian mahupun jualan.

Anda bolehlah berhubung dengan pakar kewangan bertauliah seperti Ahmad Sherhan Abu Samah , Dato Dr. Nazri Khan dan ramai lagi untuk mendapatkan khidmat dan pandangan lanjut.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.