Baru-baru ini kecoh di pasaran tentang komen mantan Pengerusi “Federal Reserves” Amerika Syarikat, Janet Yellen bahawa Kongres AS mungkin boleh membenarkan Feds untuk membeli saham di pasaran terbuka; walaupun beliau tidak melihat ia sebagai sesuatu keperluan bagi bank pusat itu. Komen beliau itu menerima pelbagai reaksi yang bercampur-campur dari institusi dan pelabur.

Apa akan jadi sekiranya bank pusat yang baru sahaja menurunkan kadar faedah kembali ke paras krisis kewangan 2008, kini masuk membeli saham-saham syarikat? Saham yang bagaimanakah akan dipilih Feds untuk dibeli dan dimasukkan kedalam portfolio aset-asetnya? Atau mungkin ianya hanyalah helah Feds untuk membenarkan pengambilan untung maksimum oleh para elit AS?

Jadual di atas menunjukkan saham-saham yang telah dijual oleh pemiliknya yang merupakan pemegang 10% saham syarikat. Seperkara yang menarik perhatian pasaran ialah jualan saham BlackRock Income Trust (BLW) sebanyak dua kali pada hari yang sama, April 3, pada harga $25,000 dan $100,000 sesaham! Saham apakah yang sebegitu mahal?!

Untuk pengetahuan anda, BlackRock Income Trust (BLW) adalah dana tertutup bon (bond ETF) syarikat BlackRock yang masyur itu. Harga bon tersebut di pasaran terbuka tidak sampai pun $20!

Anda tentu pelik, siapakah yang begitu bodoh mahu membeli sesuatu dengan harga yang jauh lebih mahal dari nilaian pasaran? “Well”, ini tidaklah menghairankan kerana perkara sebegini bukanlah baru. Ianya bukanlah yang pertama dan tidak akan menjadi yang terakhir dalam sejarah kewangan dunia. Kalau anda masih ingat, skandal MAS pun berkonsepkan sebegitu juga.

Sebagai pelabur runcit kita bukanlah dikalangan mereka yang mengawal pasaran; tetapi kita boleh mengambil peluang bila jerung-jerung masuk membida dalam pasaran. Ketahui bagaimana mereka beroperasi dan apakah aset-aset yang menjadi teras pelaburan mereka untuk kita turut dapat merasakan keuntungan. Semoga artikel ini membuka minda pelaburan anda!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.