Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-tujuh, 2020 yang lepas.

Jumaat, 14 Februari 2020:

BUY GBP AUD CAD JPY USD NZD EUR CHF SELL

Khamis, 13 Februari 2020:

BUY GBP JPY USD CAD AUD CHF EUR NZD SELL

Rabu, 12 Februari 2020:

BUY NZD CAD AUD GBP USD JPY CHF EUR SELL

Selasa, 11 Februari 2020:

BUY NZD AUD GBP CHF CAD EUR USD JPY SELL

Isnin, 10 Februari 2020:

BUY GBP JPY USD CHF CAD AUD EUR NZD SELL

 

Ulasan Mingguan

Pasaran memberikan isyarat perubahan apabila di kalangan matawang ‘safe-haven’; JPY lebih banyak dibeli berbanding USD dan CHF. Walaupun isu virus “corona” masih mendapat perhatian apabila China melaporkan kes-kes terbaru, berita tentang kejayaan pasukan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menemui “anti-dote”, melegakan pasaran. Namun begitu, kerisauan terhadap masa depan ekonomi dunia menyebabkan emas terus di beli.

Di kalangan matawang komoditi pula, CAD lebih mendapat tempat di hati pelabur berbanding AUD dan NZD. Harga minyak mungkin masih merudum, tetapi dengan kadar faedah yang di tawarkan oleh Bank Pusat Kanada, CAD adalah setanding USD atas faktor itu. Bank Nova Scotia dalam laporan terbarunya, meletakkan nilai pasaran USD/CAD ketika ini sekitar 1.3015.

Dalam pada itu, di pasaran Eropah, GBP mendapat sokongan belian berbanding EUR selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, merombak kabinet dan menukar Chanselor Kewangan dalam usaha untuk menyatukan pandangan kabinet terhadap isu Brexit. Ini sekaligus mengurangkan spekulasi risiko penurunan kadar faedah dari BoE dan dijangka menyokong Pound.

Minyak mentah kembali stabil dan kelihatan mencapai dasar pada sekitar $50 setong dan dijangka terus mendapat sokongan belian apabila spekulator hanya menjual 605 kontrak sahaja dan nilai net volume belian meningkat daripada $19.714 bilion kepada $19.815 bilion.

Emas pula, terus menerima permintaan dengan pertambahan belian sebanyak $1.729 bilion; sekaligus meningkatkan net volume belian kepada $48.287 bilion. Dalam pada itu, net volume belian USD bertambah kepada $10.016 bilion. Walaupun itu lebih dua kali ganda daripada minggu ke-lima 2020, ianya masih rendah berbanding lebih $35 bilion pada Mei 2019.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro meneruskan kejatuhan sepanjang minggu lepas apabila sentimen ekonomi Jerman dan Eropah mengecewakan pasaran. Laporan perkembangan KDNK Jerman yang juga lebih rendah dari jangkaan, menyebabkan pelabur terus menjual Euro.

Laporan komitmen trader sehingga 11 Februari, menunjukkan net volume jualan EUR terus bertambah daripada 75,080 kepada 85,669 kontrak dengan nilai $11.690 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran.

 

GBP/USD: Pound mendapat sokongan belian apabila risiko penurunan kadar faedah BoE dikurangkan dengan perubahan Chanselor kewangan yang lebih sealiran dengan Perdana Menteri Britain dalam menyelesaikan isu Brexit. Namun, sebarang kejutan dalam laporan ekonomi UK, mampu mengekang kenaikan lanjut.

Laporan komitmen trader sehingga 11 Februari menunjukkan net volume belian GBP kembali bertambah daripada 12,987 kepada 21,084 kontrak dengan nilai $1.707 bilion. Sehingga Jumaat lepas, SL jualan UBS masih pada “+80” dan Citibank telah menaikkan SL belian kepada “+35”.

 

AUD/USD: Berita tentang kejayaan pasukan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menemui “anti-dote” untuk virus “corona” melegakan pasaran dan menyaksikan spekulator mengurangkan kontrak jualan dan ini menstabilkan Aussie. Sebelum itu, keputusan RBA mengekalkan kadar faedah, juga menyokong matawang komoditi ini.

Laporan komitmen trader sehingga 11 Februari menunjukkan net volume jualan AUD kembali berkurang daripada 43,297 kepada 32,668 kontrak dengan nilai $2.193 bilion. Sehingga Jumaat lepas, belian Citibank masih aktif.

 

USD/JPY: Dolar/Yen kembali terumbang-ambing selepas Feds AS memberi amaran tentang kesan wabak virus “corona” ke atas ekonomi dunia dan Amerika Syarikat. Sehingga kini pasaran hadapan meletakkan 50% kebarangkalian untuk penurunan kadar faedah pada bulan Jun dan lebih 60% pada bulan Julai.

Laporan komitmen trader sehingga 11 Februari menunjukkan net volume jualan JPY kembali meningkat daripada 21,898 kepada 26,188 kontrak dengan nilai $2.982 bilion. Sehingga  semalam, “sell limit” Citibank masih aktif dan jualan UBS juga masih aktif.

 

USD/CHF: Dolar/Swiss yang mendapat sokongan belian sepanjang minggu lepas, di saat Dolar/Yen tertekan memberikan isyarat bahawa pasaran sedang dalam perubahan trend. Dengan “aggregate” belian USD yang membuat lonjakan dalam trend menurun, pelabur dijangka menantikan peluang “sell-on-rally”.

Laporan komitmen trader sehingga 11 Februari menunjukkan net volume belian CHF kembali berkurang daripada 4,919 kepada 3,767 kontrak dengan nilai $483 juta. Dengan sentimen semasa pasaran, CHF dijangka terus mendapat permintaan dari pelabur jangka panjang.

 

USD/CAD: Dolar/CAD kelihatan tertekan sepanjang minggu lepas, apabila CAD mendapat permintaan dengan harga minyak mentah yang mula menstabil. Langkah Bank Pusat Kanada yang mengekalkan kadar faedah sebelum itu juga, mendorong pelabur kembali membida matawang komoditi itu.

Laporan komitmen trader sehingga 11 Februari menunjukkan net volume belian CAD terus berkurang daripada 18,563 kepada 9,705 kontrak dengan nilai $730 juta sahaja. Sehingga Jumaat lepas, Citibank telah pun menutup jualan dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini