Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-enam, 2020 yang lepas.

Jumaat, 7 Februari 2020:

BUY JPY USD CAD CHF EUR GBP NZD AUD SELL

Khamis, 6 Februari 2020:

BUY CAD USD CHF JPY EUR NZD AUD GBP SELL

Rabu, 5 Februari 2020:

BUY AUD CAD USD NZD JPY GBP CHF EUR SELL

Selasa, 4 Februari 2020:

BUY AUD NZD GBP CAD USD EUR CHF JPY SELL

Isnin, 3 Februari 2020:

BUY JPY EUR CHF USD AUD NZD CAD GBP SELL

 

Ulasan Mingguan

Aset “safe-haven” terus menjadi pilihan pelabur pada minggu lepas, dengan USD, CHF dan JPY mengetuai permintaan; apabila pasaran terus mengambil sikap berhati-hati dengan perkembangan virus “corona” yang semakin merebak dan angka kematian meningkat di seluruh dunia. China mencatatkan angka tertinggi dengan lebih 42 ribu kes dan lebih 1,000 kematian, diikuti oleh Jepun (163 kes), Hong Kong (49 kes) dan Singapura (47 kes).

Sehubungan dengan itu, matawang komoditi AUD dan NZD mengalami kejatuhan nilai yang teruk, kecuali CAD yang mendapat sokongan “carry traders” lantaran kadar faedah yang sama dengan USD. Pelabur jangka panjang dilihat lebih banyak membeli CAD, terutamanya pemegang JPY dan CHF yang memberi kadar pulangan negatif; lantaran Feds AS yang dijangka menurunkan kadar faedah seawal Julai ini.

Dalam pada itu, Eropah terus lebih banyak membeli EUR daripada GBP, lantaran jangkaan penurunan kadar faedah dari BoE pada Mei ini; sebagai langkah mengawal kejatuhan ekonomi yang dijangka berlaku, kesan dari keluarnya UK dari Kesatuan Eropah. Ini dijangka akan melonjakkan kadar tukaran EUR/GBP.

Minyak mentah yang mengalami kejatuhan terburuk dalam masa 8 bulan, kesan dari jangkaan kurangnya perdagangan antarabangsa akibat wabak virus “corona”; cuba menstabil di atas paras $50 setong pada minggu lepas. Spekulator terus menjual sekitar $3.22 bilion kontrak minyak mentah; sekaligus mengurangkan net volume belian kepada $19.868 bilion.

Emas pula, mula memasuki sentimen jualan dengan spekulator menjual lebih $5.17 bilion; sekaligus mengurangkan net volume belian kepada $46.557 bilion. Sehubungan itu, net volume belian USD bertambah kepada $8.410 bilion, hampir dua kali ganda daripada minggu ke-lima.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro merudum sepanjang minggu lepas, apabila Dolar AS terus mendapat bidaan aset “safe-haven” daripada pelabur yang panik dengan kesan wabak virus “corona” ke atas ekonomi dunia. Ucapan Presiden ECB yang baru, Puan Largard, gagal mendorong pelabur membida Euro, terutamanya dengan kadar pulangan semasa.

Laporan komitmen trader sehingga 4 Februari, menunjukkan net volume jualan EUR terus bertambah daripada 58,862 kepada 75,080 kontrak dengan nilai $10.365 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran.

 

GBP/USD: Seperti Euro, Pound mengalami nasib yang sama apabila sentimen penurunan kadar faedah dari BoE menyebabkan pelabur mengambil strategi “sell-on-rally” ke atas matawang Queen tersebut. Pelabur awal dilihat mula mengambil untung belian, namun kebanyakannya masih yakin BoE akan mengekalkan kadar faedah.

Laporan komitmen trader sehingga 4 Februari menunjukkan net volume belian GBP terus berkurang daripada 17,689 kepada 12,987 kontrak dengan nilai $1.058 bilion. Sehingga Jumaat lepas, SL jualan UBS telah pun diturunkan kepada “+80” dan TP kepada “+330”; sementara belian pertama Citibank pada 1.2950 telah gagal dan “buy limit” kedua pada 1.2905 telah pun aktif.

 

AUD/USD: Rakan dagang terbesar China, Australia, terus tertekan dengan rebakan virus “corona” yang dijangka menghadkan perdagangan antarabangsa; sekaligus menyebabkan matawang komoditi itu terlebih jual. Keputusan RBA mengekalkan kadar faedah, kembali mendorong pelabur membida Aussie, walaupun ianya mungkin tidak kekal sehingga wabak virus tersebut dapat dikawal.

Laporan komitmen trader sehingga 4 Februari menunjukkan net volume jualan AUD terus bertambah daripada 27,520 kepada 43,297 kontrak dengan nilai $2.918 bilion. Sehingga Isnin lepas, belian Citibank masih aktif dan SL telah dinaikkan kepada “breakeven”.

 

USD/JPY: Dolar/Yen mendapat sokongan belian pada minggu lepas, selepas sentimen kembali optimis buat seketika apabila berita mengatakan virus “corona” telah dapat dikawal. Sentimen itu tidak kekal lama, apabila Feds pula memberi amaran tentang kesan wabak tersebut atas ekonomi dunia dan Amerika Syarikat.

Laporan komitmen trader sehingga 4 Februari menunjukkan net volume jualan JPY terus berkurang daripada 36,025 kepada 21,898 dengan nilai $2.499 bilion. Sehingga  semalam, “sell limit” Citibank masih aktif; sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Seperti Dolar/Yen, Dolar/Swiss juga disokong sepanjang minggu lepas; terutamanya daripada pelabur Swiss yang tertekan dengan kadar faedah negatif oleh SNB. Namun, sekiranya sentimen kembali pesimis, CHF dijangka kembali mendapat permintaan.

Laporan komitmen trader sehingga 4 Februari menunjukkan net volume belian CHF terus meningkat daripada 3,497 kepada 4,919 kontrak dengan nilai $634 juta. Dengan sentimen semasa pasaran, CHF dijangka terus mendapat permintaan dari pelabur jangka panjang.

 

USD/CAD: Dolar/CAD terus mendapat lonjakan apabila sentimen pasaran terus suram dan pelabur terus menjual matawang komoditi itu. Namun, dengan harga minyak mentah yang kembali menstabil dan sentimen penurunan kadar faedah Feds, CAD dijangka kembali mendapat permintaan pada paras semasa.

Laporan komitmen trader sehingga 4 Februari menunjukkan net volume belian CAD terus berkurang daripada 34,590 kepada 18,563 kontrak dengan nilai $1.398 bilion. Sehingga Jumaat lepas, “sell stop” Citibank masih aktif dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini