Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-lima, 2020 yang lepas.

Jumaat, 31 Januari 2020:

BUY JPY CHF EUR USD NZD AUD CAD GBP SELL

Khamis, 30 Januari 2020:

BUY GBP CHF EUR JPY USD CAD AUD NZD SELL

Rabu, 29 Januari 2020:

BUY GBP JPY CAD USD EUR AUD NZD CHF SELL

Selasa, 28 Januari 2020:

BUY CAD EUR AUD USD NZD GBP JPY CHF SELL

Isnin, 27 Januari 2020:

BUY JPY CHF USD EUR GBP CAD NZD AUD SELL

 

Ulasan Mingguan

Panik yang menguasai pasaran pada minggu lepas, cuba dikawal apabila kerajaan China mengeluarkan kenyataan bahawa virus “corona” akan mencapai kemuncak rebakan selepas 10 hari dan akan terkawal selepas itu. Namun, pasaran masih terus mengambil sikap berhati-hati apabila aset dan matawang “safe-haven” JPY, CHF dan USD terus menjadi pilihan pelabur.

Pasaran saham Asia mengalami kejatuhan teruk apabila pasaran hilang sokongan pelabur China yang bercuti sempena Tahun Baru Tikus. Dalam usaha untuk mengawal kejatuhan, agensi kawalan pelaburan China juga telah mengeluarkan arahan kepada pengurus dana untuk tidak mencairkan pegangan saham melainkan terdapat permintaan daripada pelanggan. Matawang komoditi AUD, NZD, dan CAD jatuh terduduk minggu lepas.

Dalam pada itu, Eropah lebih banyak membeli EUR daripada GBP, kesan dari ketidaktentuan pasaran yang dijangkakan selepas Brexit yang termeterai pada Jumaat lalu. Walaupun laporan perkembangan ekonomi UK memberansangkan, kebanyakan penganalisis melihat ianya bersifat sementara dan Bank Pusat England akan terpaksa menurunkan kadar faedah pada Mei ini.

Minyak mentah mengalami kejatuhan terburuk dalam masa 8 bulan selepas pasaran melihat kemungkinan kesan wabak virus “corona” ini akan menghadkan perdagangan antarabangsa, walaupun ianya cuba dinafikan oleh Badan Kesihatan Dunia dan IMF. Spekulator menjual sekitar $2.94 bilion kontrak minyak mentah; sekaligus mengurangkan net volume belian kepada $23.088 bilion.

Emas pula terus dalam sentimen belian dengan spekulator menambah belian sekitar $2.23 bilion; sekaligus menambah net volume belian kepada $51.731 bilion. Lebih 10 kali ganda dari net volume belian USD sebanyak $4.893 bilion sahaja, namun kurang dari 20 kali ganda pada minggu ketiga, dan 15 kali ganda pada minggu ke-empat.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Sentimen menunjukkan Euro lebih banyak dibeli dan cuba membuat pusingan “U” pada sekitar nilai 1.10 apabila laporan ekonomi Eropah dan Jerman menunjukkan perkembangan yang memberansangkan. Dengan sentimen pelabur yang lebih optimis, ia dijangka terus disokong, terutamanya dengan kelemahan Dolar.

Laporan komitmen trader sehingga 28 Januari, menunjukkan net volume jualan EUR kembali bertambah daripada 47,019 kepada 58,862 kontrak dengan nilai $8.110 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS telah menaikkan SL belian kepada “breakeven”.

 

GBP/USD: Sentimen menunjukkan Pound kembali tertekan dengan kerisauan pelabur selepas Brexit termeterai pada Jumaat lepas, walaupun sebelum itu UK menunjukkan perkembangan ekonomi yang memberansangkan. Spekulasi hebat mengatakan BoE akan terpaksa menurunkan kadar faedah pada Mei ini, sebagai insuran untuk kesan Brexit.

Laporan komitmen trader sehingga 28 Januari menunjukkan net volume belian GBP terus berkurang daripada 24,922 kepada 17,689 kontrak dengan nilai $1.440 bilion. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” UBS telah pun aktif, sementara “buy limit” Citibank masih aktif.

 

AUD/USD: Aussie yang tertekan selama tiga minggu sebelum perjanjian dagang AS-China termeterai, kini terus tertekan dengan isu virus corona menyelubungi wilayah Wuhan, China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia. Keputusan RBA mengekalkan kadar faedah Isnin lalu, kembali mendorong pelabur membida Aussie.

Laporan komitmen trader sehingga 28 Januari menunjukkan net volume jualan AUD kembali bertambah daripada 19,301 kepada 27,520 kontrak dengan nilai $1.861 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/JPY: Sentimen menunjukkan Dolar/Yen terus tertekan sepanjang minggu lepas dengan isu virus corona menyelubungi wilayah Wuhan, China. Pelabur masih tidak yakin dengan kenyataan Badan Kesihatan Dunia (WHO) dan IMF yang virus ini tidak menjejaskan perdagangan antarabangsa.

Laporan komitmen trader sehingga 28 Januari menunjukkan net volume jualan JPY kembali berkurang daripada 44,701 kepada 36,025 dengan nilai $4.126 bilion. Sehingga Selasa semalam, jualan Citibank masih aktif; sementara belian jangka pendek UBS telah gagal.

 

USD/CHF: Dollar/Swiss yang cuba disokong di awal minggu, kembali tertekan pada hari Khamis dan Jumaat selepas pelabur tidak yakin dengan kenyataan IMF dan WHO bahawa rebakan virus “corona” tidak akan menjejaskan perdagangan antarabangsa. Pasaran masih terumbang-ambing, namun USD dijangka kembali mendapat permintaan dari pelabur Swiss yang tertekan dengan kadar faedah negatif oleh SNB.

Laporan komitmen trader sehingga 28 Januari menunjukkan net volume belian CHF meningkat daripada 1,536 kepada 3,497 kontrak dengan nilai $449 juta. Dengan sentimen semasa pasaran, CHF dijangka terus mendapat permintaan dari pelabur jangka panjang.

 

USD/CAD: Dolar/CAD terus mendapat lonjakan apabila sentimen pasaran terus suram dan pelabur menjual matawang komoditi itu. Dengan harga minyak mentah yang juga merudum, CAD terus tertekan dan mungkin bakal mencapai terlebih jual.

Laporan komitmen trader sehingga 28 Januari menunjukkan net volume belian CAD kembali berkurang daripada 38,294 kepada 34,590 kontrak dengan nilai $2.629 bilion. Sehingga Selasa semalam, belian Citibank telah pun mencapai sasaran dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini