Spekulasi pasaran bahawa laporan ekonomi Kanada yang semakin lemah baru-baru ini akan memaksa Bank Pusat Kanada (BoC) menurunkan kadar faedah pada mesyuarat semalam, nampaknya suatu yang terlebih reaksi; kerana BoC mengekalkan kadar faedah, namun memberi komen bahawa mereka tidak menafikan kemungkinan terpaksa menurunkan kadar sekiranya keadaan semakin memburuk.

Gabenor BoC, Stephen Poloz, dalam sidang medianya mengatakan bahawa pintu untuk penurunan kadar faedah tidak tertutup, malah ia sentiasa terbuka. Komen beliau menyebabkan CAD dijual secara besar-besaran, dan kadar tukaran USD/CAD melonjak naik lebih 100 pips selepas 12 jam pengumuman tersebut.

Sembang-sembang dengan beberapa trader bank dalam eikon messenger, mengatakan BoC mungkin akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas seawal Mac ini. Dengan kata lain, sekiranya anda menyertai belian USD/CAD bersama Citibank dan tiga lagi bank, bolehlah naikkan “stoploss” ke “breakeven”dan mengambil sebahagian untung pada Jumaat ini sekiranya anda mahu. Atau boleh juga bersabar dan biarkan ia mencapai sasaran 320 pips julat bulanan sekitar 1.3250/80 dalam seminggu dua lagi.

Oh sepekara lagi, “sell limit” USD/CAD Citibank pada 1.3180 telah pun dibatalkan dan “buy limit” AUD/USD telah pun aktif.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.