Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-51, 2019 yang lepas.

Jumaat, 20 Disember 2019.

BUY NZD AUD USD JPY CAD CHF EUR GBP SELL

Khamis, 19 Disember 2019.

BUY NZD AUD CHF JPY CAD EUR USD GBP SELL

Rabu, 18 Disember 2019.

BUY CAD NZD AUD CHF JPY USD EUR GBP SELL

Selasa, 17 Disember 2019:

BUY CHF JPY EUR USD CAD NZD AUD GBP SELL

Isnin, 16 Disember 2019:

BUY CAD EUR AUD NZD CHF USD JPY GBP SELL

 

Ulasan Mingguan

Dalam mood percutian, pasaran meletakkan harapan terhadap kejayaan rundingan dagang AS-China pada minggu lepas; selepas Presiden Amerika Syarikat terus memberikan komen bahawa perjanjian akan ditanda-tangani dalam masa terdekat. Ini terbukti apabila CHF yang lebih banyak dibeli berbanding USD dan JPY sepanjang minggu, akhirnya kembali lebih banyak dijual pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, ini dijelaskan lagi dengan matawang komoditi NZD dan AUD yang lebih banyak berada dalam sentimen belian, dan CAD pula lebih banyak berada dalam sentimen jualan. Dengan kata lain, pelabur masih mengambil sikap berhati-hati walaupun harga minyak terus naik; kerana ini dilihat lebih sebagai manipulasi pasaran kerana pergerakan pasaran yang tidak selari.

Dalam satu perkembangan lain, GBP menjadi matawang yang paling banyak dijual dikalangan matawang kumpulan G8; selepas kemenangan Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson yang pro-Brexit mungkin menyebabkan parlimen memilih untuk keluar tanpa sebarang perjanjian sekiranya perlu. EUR pula kembali dijual selepas dibeli di awal minggu.

Harga minyak mentah memacu naik sepanjang tiga bulan yang lalu, walaupun sentimen pasaran hadapan menunjukkan aliran keluar modal dari komoditi tersebut. Dengan keputusan OPEC untuk menambah pengurangan pengeluaran minyak mentah dari 1.2 juta tong sehari kepada 1.7 juta tong sehari pada awal bulan lalu, harga tidak disokong atas dasar permintaan. Sebarang laporan lebihan bekalan dijangka akan menyebabkan harga kembali merudum.

Emas terus berada dalam sentimen belian sepanjang empat minggu yang lalu, dan terus memacu naik apabila LME dan CME memutuskan untuk menaikkan harga dalam mesyuarat penetapan harga (“fixing”). Kenaikan yang berlaku setiap hari dalam “fxing” sesi pagi dan petang menunjukkan logam berharga ini berada dalam belian panas menjelang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada November tahun depan.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Sentimen menunjukkan Euro lebih banyak mendapat sokongan belian daripada tekanan jualan apabila kelemahan Dolar AS membantu mengapungkan matawang blok ekonomi Eropah ini. Laporan ekonomi Jerman yang juga menunjukkan pemulihan menyebabkan ia lebih banyak dibida pelabur.

Laporan komitmen trader sehingga 17 Disember, menunjukkan net volume jualan EUR berkurang daripada 67,643 kepada 65,694 kontrak dengan nilai $9.156 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS telah menurunkan “stoploss”nya kepada “+30”.

 

GBP/USD:  Pound mengalami jualan besar-besaran selepas kehilangan sokongan belian dalam aktiviti mengambil untung pasca pilihanraya Britain yang menyaksikan kemenangan Parti Konservatif yang mungkin mengambil jalan keras dalam isu Brexit.

Laporan komitmen trader sehingga 17 Disember menunjukkan net volume jualan GBP berkurang daripada 22,639 kepada hanya 5,780 kontrak dengan nilai $474 juta sahaja. Sehingga Jumaat lepas, belian Citibank telah gagal dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

AUD/USD: Terkesan dengan komen-komen Presiden AS yang mengatakan perjanjian dagang AS-China akan dimeterai dalam masa terdekat; matawang komoditi dan proxi China, Aussie mendapat sokongan belian hampir sepanjang minggu.

Laporan komitmen trader sehingga 17 Disember menunjukkan net volume jualan AUD bertambah daripada 36,808 kepada 46,578 kontrak dengan nilai $3.191 bilion. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank telah mengenai “breakeven”.

 

USD/JPY: Dollar/Yen mendapat tekanan jualan hampir sepanjang minggu dengan sentimen pasaran yang berhati-hati dan pasaran yang tipis menjelang hujung tahun. Pelabur Jepun juga sedang bersedia untuk menutup akaun luar negara dan membawa pulang Yen untuk musim percukaian pada bulan April depan.

Laporan komitmen trader sehingga 17 Disember menunjukkan net volume jualan JPY berkurang daripada 43,682 kepada 42,062 dengan nilai $4.802 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Dollar/Swiss yang tertekan hampir sepanjang minggu akhirnya mendapat bidaan pada hari Jumaat apabila pasaran kembali yakin dengan kejayaan rundingan dagang AS-China yang dikatakan bakal diputuskan dalam masa terdekat.

Laporan komitmen trader sehingga 17 Disember menunjukkan net volume jualan CHF berkurang daripada 20,865 kepada 11,074 kontrak dengan nilai $1.411 bilion. CHF dijangka terus mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran kembali hambar.

 

USD/CAD: Dollar/CAD yang tertekan hampir sepanjang minggu akhirnya mendapat bidaan pada hari Jumaat, selepas jualan runcit Kanada menunjukkan kejatuhan sekaligus menghilangkan lebihan permintaan untuk CAD.

Laporan komitmen trader sehingga 17 Disember menunjukkan net volume belian CAD berkurang daripada 20,741 kepada 11,191 kontrak dengan nilai $850 juta. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank masih aktif dan “buy limit” UBS juga masih aktif

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini